Monday, 27 March 2017

PEMBASMIAN KUMAN SECARA DIDIHAN AIR

LAST UPDATE : 01 OCTOBER 2019


Kaedah terbaik untuk disinfektasi suatu alatan adalah dengan kaedah rebusan air (Boiling Disinfectant) selama 20 minit. 




Ini adalah kaedah paling mudah dan paling dipercayai untuk mematikan kebanyakan mikrob patogen (pathogenic microbes), termasuklah HIV. Kaedah rebusan mampu membunuh Virus Hepatitis B dan HIV dalam masa beberapa minit sahaja.Walaubagaimanapun, rebusan tersebut haruslah di teruskan selama 20 minit sebagaimana yang ditetapkan (mengikut piawaian).


Jarum bekam hendaklah dipakai sekali sahaja (pakai dan buang).
Merebus jarum-jarum, atau merendamkannya ke dalam alkohol tidak cukup untuk mensterilisasikan-nya. Ini adalah kerana kaedah merebus mahupun penggunaan alkohol tidak membunuh bakteria yang mempunyai daya tahan (resistant bacterial spores) dan juga virus-virus tertentu. 


Kebanyakan alatan bekam yang diperbuat daripada getah atau plastik biasanya tidak tahan dengan suhu yang tinggi, yang mungkin boleh menyebabkan kerosakan terhadap alatan bekam tersebut.Jadi alatan bekam tersebut boleh dicuci dengan menggunakan kaedah larutan disinfektan (chemical disinfectant), iaitu dengan merendamkannya di larutan disinfektan mengikut (i) kepekatan dan (ii) masa yang ditetapkan. 




No comments:

Post a Comment