Alatan bekam boleh dibersihkan daripada kuman merbahaya dengan merendamkannya di larutan disinfektan mengikut (i) kepekatan dan (ii) tempoh masa yang ditetapkan.
Contoh cairan disenfektan adalah seperti berikut:
1. Dettol Disinfectant (Larutan Antiseptik Dettol)
Membunuh 99.9% kuman (germs) pada kulit, dan melindungi daripada jangkitan dari luka, calar dan gigitan serangga.
Juga sesuai digunakan sebagai pembasmian kuman di permukaan alatan bekam atau di dalam cucian pakaian.
- Recommended by medical professionals.
Terdapat 2 jenis alkohol yang utama digunakan untuk disinfektasi.
A. Ethyl Alcohol (Ethanol or Drinking Alcohol)
- Sangat efektif membunuh kebanyakan bakteria dan virus merbahaya dengan mengubah sifat-2 protein (denaturing proteins) dan melarutkan lipids(dissolving lipids).
- Tidak efektik untuk membunuh spora (spores).
- Biasanya diguna dengan kepekatan 70%. Kepekatan yang lebih tinggi menyebabkan ia mengewap (evaporate) dengan lebih cepat, dan tidak efektif jika kepekatan yang rendah.
B. Isopropyl Alcohol
- Juga disebut sebagai IPA or Isopropanol.
- Lebih sesuai untuk aplikasi disinfektasi pada permukaan kulit berbanding Ethyl Alcohol.
Jarum-2 hendaklah dipakai sekali sahaja (pakai dan buang).
Merendamkannya ke dalam alkohol atau merebuskannya tidak cukup untuk mensterilisasikan-nya. Ini adalah kerana kaedah merebus mahupun penggunaan alkohol tidak membunuh spora bakteria yang mempunyai daya tahan (resistant bacterial spores) dan juga virus-virus tertentu.
3. CLOROX (Chlorine Bleach 5.25%)
Natrium Hipoklorit atau Sodium Hypochlorite yang biasa dipanggil 'pemutih/agen peluntur/clorox' lazimnya digunakan sebagai penyahjangkitan.Ia telah memainkan peranan penting dalam membantu melindungi kesihatan awam dengan membunuh patogen yang menyebabkan penyakit (disease-causing pathogens).
Larutan ini mampu membunuh 99.99% pelbagai kuman termasuklah Hepatitis A/B/C. Alatan bekam direndam dalam larutan NaClO (Klorin) 5.25% dan air, dengan kadar perbandingan 1 bahagian klorin dan 10 bahagian air.
Klorin dapat diperoleh dari pemutih pakaian yang dijual dipasaran seperti clorox.
Alatan bekam direndamkan selama 15 - 30 minit untuk orang yang tidak ada penyakit merbahaya.
Untuk orang yang ada penyakit yang bahaya, minimum rendaman adalah selama 24 jam diperlukan untuk pembasmian kuman sepenuhnya.
4. Centrimide
5. Triklosan (0.2-2%)
No comments:
Post a Comment