Friday, 24 March 2017

CARA CUCI ALATAN BEKAM

LAST UPDATE : 01.10.2019

Kebersihan adalah sangat penting bagi seorang jurubekam mahupun orang yang dibekam. Penularan penyakit dapat terjadi melalui sentuhan cairan tubuh seperti darah, air mani atau cairan vagina yang mengandung bakteria dan virus (kuman). 

ANTISEPTIK

Antiseptik ialah bahan kimia yang mencegah, memperlambat atau menghentikan pertumbuhan mikro-organisme (kuman) pada permukaan luar tubuh dan membantu mencegah infeksi. Bergantung kepada kandungan aktif (bahan aktif) dalam suatu antiseptik, ada antiseptik mampu membunuh kuman (bakteriosida), manakala yang lain mungkin hanya mencegah atau melambatkan pertumbuhan mereka (bakteriostatik). 

ANTISEPTIK berbeza dengan ANTIBIOTIK dan DISINFEKTAN.
Antibiotic membunuhkan kuman di dalam tubuh.
Antiseptic membunuh kuman yang terdapat pada suatu permukaan benda hidup seperti kulit (luka, bisul, dll).
Disinfectant digunakan untuk membunuh kuman pada permukaan benda mati (seperti alatan bedah, lantai, dll)


Aktiviti bekam melibatkan dengan darah. Dan darah adalah medium yang mudah bagi bakteria dan virus untuk hidup, membiak, berpindah dan memberi kemudaratan kepada manusia.
Beberapa kaedah boleh gunakan untuk membersihkan alatan bekam. Antaranya ialah:





1. UV Sterilizer

Kaedah yang mudah dan cepat dengan menggunakan UV Sterilizer iaitu aplikasi cahaya UV sebagai medium untuk membunuh bakteria dan virus. Kaedah in biasa digunakan di hospital, klinik dan spa. Kajian-kajian klinikal mendapati bahawa cahaya UV sangat berkesan untuk  membunuh pelbagai bakteria dan virus termasuklah virus HIV dan Aids.  

2. Rebusan (Boiling)

Merebus alatan bekam di dalam air yang mendidih selama 20 minit.
Kaedah ini sangat efektif untuk pelbagai alatan perubatan.



3. Larutan Disinfektan (Chemical Disinfectant)

Alatan bekam tersebut boleh direndamkan di larutan disinfektan mengikut 
(i) kepekatan dan (ii) tempoh masa yang ditetapkan.                         
Di antara larutan disinfektan yang biasa digunakan adalah seperti larutan antiseptik Dettol, clorox, alkohol, dan sebagainya.



4. Penyembur Disinfektan Dettol







Penyembur ini terbukti boleh membunuh 99.9% pelbagai jenis bakteria, kulat dan virus.
Bahan aktifnya adalah Ethyl Alcohol 60%.



5.  Sterile Alcohol Swabs (70% Isopropyl Alcohol)

Alkohol adalah antiseptik yang kuat. Alkohol membunuh kuman dengan cara menggumpalkan protein dalam selnya. 
Kuman dari jenis bakteria, jamur, protozoa dan virus dapat dibasmi oleh alkohol.
Untuk mengelakkan sebarang jangkitan kuman, alkohol ini boleh diaplikasikan sebelum dan selepas bekam.
Mampu membunuh bakteria dalam masa 10-15 minit sahaja, dan efektif terhadap virus hepatitis dan HIV.
Selepas alatan bekam dicuci dengan larutan antiseptik dan dibersihkan, alatan bekam akan di sapu dengan Sterile Alcohol Swabs. 
     
*** Isopropyl Alcohol membunuh sebagian besar virus termasuk HBV dan HIV. 
*** Ethyl Alcohol (Ethanol)  membunuh semua jenis virus.

Antiseptik ini mudah diperoleh serta murah. 

Sangat efektif dalam mengurangi mikroorganisma di kulit ketika bekam dimulai.
Tetapi ia tidak boleh digunakan pada selaput lendir (misalnya di vagina), kerana sifat alkohol mengeringkan dan mengiritasi selaput lendir dan kemudian merangsang pertumbuhan mikroorganisme.



7.  Antiseptik Semulajadi (Natural Antiseptic)


Pada zaman dahulu, antiseptik semulajadi seperti madu lebah, daun lidah buaya, bawang putih dan yang seumpama digunakan membunuh kuman pada luka.




 




No comments:

Post a Comment