BEKAM BUKIT MERTAJAM
Ada beberapa istilah penyakit yang membingungkan para doktor perubatan moden, tetapi amat popular dengan masyarakat Melayu dan perubatan tradisional. Diantara ialah :1. Banyak Angin / Masuk Angin.
2. Darah Kotor.
Kedua-2 istilah ini tidak ada dalam dunia perubatan moden, dan hanya wujud dalam alam perubatan alternatif seperti urutan tradisional, bekam sunnah, fashdu, dan seumpamanya.
BANYAK ANGIN
Banyak Angin (atau istilah lainnya seperti Masuk Angin, Angin Duduk atau Angin Menggigit) adalah ungkapan paling popular di kalangan masyarakat terutamanya urutan tradisonal. Tetapi tiada istilah Kurang Angin. Dalam dunia perubatan moden, tidak ada penyakit Banyak Angin mahu pun Kurang Angin.
Menurut perubatan moden, Masuk Angin merujuk kepada masalah penghadaman dalam perut seperti:
- Terasa udara atau gas yang berlebihan dalam perut,
- Makan sedikit tapi cepat kenyang,
- Perut terasa penuh,
- Perut rasa kembung,
- Mual serta muntah,
- Sendawa,
Banyak orang jumpa doktar untuk masalah Banyak Angin ini, tetapi ramai doktor menganggapnya sebagai mitos sahaja. Bagi mereka, manusia mempunyai saluran nafas dan paru-2 yang setiap masa ada masuk angin (oksigen) dan keluar angin (karbon dioksida). Jika saluran nafas dan paru-2 tidak ada masuk/keluar angin, sudah tentu ia akan mati. Angin yang banyak dalam badan tidaklah boleh dijadikan hujah sebagai penyebab suatu penyakit.
Mengikut perubatan tradisional Melayu, istilah Banyak Angin merujuk kepada gangguan yang berlaku pada sistem pernafasan, pencernaan dan sistem peredaran darah. Diantara tanda-2 badan Masuk Angin ialah :
- Badan lesu,
- Tubuh tidak fit,
- Badan rasa tidak enak,
- Badan terasa berat,
- Sakit otot,
- Pening,
- Sakit leher,
- Selalu keluar angin,
- Bersin sampai terbatuk-2,
- Flu,
- Kesejukan,
- Demam.
Penyakit Banyak Angin ini merupakan ungkapan turun-temurun oleh nenek-moyang kita yang terdahulu yang disampaikan dari generasi ke generasi sehinggalah sekarang ini. Adakah nenek-moyang kita yang terdahulu terlalu cetek ilmunya untuk mengenalpasti punca suatu penyakit?
Selain itu, ia juga memberi maksud Badan Berangin atau badan terlebih angin. Manusia terbentuk dari ruh dan jasad, yang merangkumi empat unsur utama iaitu tanah, air, api dan angin. Keempat-2 unsur ini harus seimbang untuk mendapatkan kesihatan yang baik dari segi jasmani dan rohani.
Pada surat Shaad (Ayat 38:72), disebutkan “fanafakhtu fiihi min ruuhii” (Aku tiupkan ke dalam jasadnya dari ruh-Ku). Ini boleh menjadi petunjuk bahawa dalam diri manusia terdapat something seperti angin atau gas. Umpamakan apabila seseorang yang membakar sate, kemudian ada angin yang bertiup dari barat, maka asap sate itu pasti akan menuju ke timur, tidak mungkin menuju ke arah selatan atau utara, apatah lagi balik lagi ke barat, kecuali angin yang tidak bertiupan, yang bergerak secara rawak.
Ini menunjukkan bahawa keempat-empat unsur tersebut sangat berintegrasi. Apabila salah satu dari keempatnya bermasalah, maka akan memberi impak negatif pada unsur yang lainnya iaitu menyebabkan pelbagai penyakit datang menjelma.
Dalam ilmu kedoktoran, penyebab penyakit itu mestilah jelas seperti bakteria/virus yang menjadi penyebabnya (contohnya tibi,pneumonia), tekanan darah tinggi (stroke, masalah jantung), dan lainnya.
Definasi Banyak Angin yang lainnya ialah masuknya angin ke dalam tubuh secara tidak normal, yang boleh memberi mudarat terhadap tubuh.
Contohnya:
1. Angin yang masuk ke dalam perut melalui mulut/hidung terus dan menganggu sistem percernaan.
2. Angin sejuk masuk ke dalam tubuh melalui permukaan kulit.
3. Pergerakan angin yang terganggu dalam tubuh, juga disebut angin jahat yang menganggu tubuh.
Darah kotor selalu dikaitkan penyakit bisul dan jerawat. Umumnya beranggapan bahawa darah kotor akan menimbulkan bisul, jerawat, kulit yang bermasalah, kelemumur, rambut gugur dan sebagainya. Persepsi ini diperkuatkan lagi oleh iklan-2 produk-2 berasaskan herba di TV dan media sosial.
Sebenarnya tumbuhnya bisul atau jerawat bukan kerana darah kotor, tetapi kerana kulit yang bermasalah. Contohnya, infeksi kelenjar minyak pada kulit, yang akhirnya membuat kuman/bakteria masuk ke dalam, maka muncullah bisul atau yang lainnya, masalah alergi, atau sebab-2 lain.
Dari tafsiran perubatan tradisional, darah kotor adalah darah yang sudah mati, darah yang sudah tidak dapat berfungsi dengan baik, darah tidak normal, darah yang cacat, darah yang mengganggu sistem peredaran darah, dan boleh memudaratkan tubuh. Darah ini harus dikeluarkan melalui kaedah bekam.
Dalam dunia kedoktoran moden, tidak ada istilah Darah Kotor. Semua darah adalah bersih. Dari segi perbezaan lain ialah ada darah yang cair, dan ada darah yang pekat. Ada darah banyak gula (diabetes), dan ada darah yang kurang gula.
Ada darah yang mengandung banyak oksigen, dan ada darah yang tiada oksigen (banyak karbon dioksida). Darah yang banyak karbon dioksida ini akan melalui "proses pembersihan" oleh organ paru-2 sebelum digunakan kembali untuk metabolisme tubuh. Proses pembersihan ini bukanlah bererti darah itu kotor, tetapi karbon dioksida perlu dikeluarkan dari darah itu, dan diganti dengan oksigen.
Kaedah paling terbaik untuk mengeluarkan darah kotor, angin jahat dan pelbagai elemen penyebab penyakit adalah melalui bekam.
Bagi yang pernah berbekam, badan akan terasa ringan dan lega dengan serta-merta terutamanya pada area yang sakit. Ini adalah kerana sumbatan-2 dalam pembuluh darah telah dikeluarkan dan perjalanan darah sudah kembali normal. Sel-2 tubuh kembali segar dengan sel-2 darah yang baru dan aliran darah yang lebih lancar.
Bagi anda yang ingin mendapatkan rawatan bekam atau maklumat lanjut, anda boleh Whatsapp/Call/SMS ke :
017 - 4256 121 (Ustaz Abdul Mannan)
Atau klik link WhatsApp di bawah ini.
LOKASI :
Bekam Bukit Mertajam (Hijamah)
TBP 3290, Machang Bubok, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
(Bersebelahan dengan Masjid Machang Bubok)
Bekam Bukit Mertajam (Hijamah)
TBP 3290, Machang Bubok, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
(Bersebelahan dengan Masjid Machang Bubok)
GOOGLE MAPS :
https://goo.gl/maps/o1zEuwomGYA2
https://goo.gl/maps/o1zEuwomGYA2
Semoga Bermanfaat
No comments:
Post a Comment