Wednesday, 21 November 2018

BEKAM PENYAKIT BUAH PINGGANG

RAWAT MASALAH BUAH PINGGANG DENGAN BEKAM


Secara umumnya, peranan buah pinggang (ginjal) adalah :
1. Menapis racun (bahan buangan toksik) yang terdapat dalam darah dan menyingkirkannya melalui air kencing. Kebanyakan proses yang berlaku dalam tubuh akan menghasilkan bahan buangan yang bertoksik seperti urea, kretinin, asid urik dan badan-badan keton.
2. Mengekalkan bahan-bahan diperlukan di dalam badan. 

Apabila ginjal gagal berfungsi, organ-2 lain juga turut terganggu.
Ginjal yang tidak normal tidak dapat membuang bahan buangan (wastes) dari darah dengan efektif. Bahan buangan ini boleh diperiksa melalui ujian darah atau ujian air kencing.





Gambar 1 : Struktur Dalaman Buah Pinggang (Ginjal)

Darah yang membawa bahan toksik mengalir melalui Arteri Renal ke dalam ginjal. Di ginjal, darah akan mengjalani proses turasan. Semua bahan toksik akan dituras dan disingkirkan melalui air kencing. Darah yang telah dinyah toksik akan keluar dari ginjal melalui Vena Renal dan beredar balik  ke seluruh tubuh. 



Gambar 2 : Mekanisma Buah Pinggang

Antara ujian darah untuk menentukan status kesihatan ginjal adalah ujian paras urea dan kretinin. 
Urea adalah bahan buangan tubuh hasil metabolisme protein. 
Kretinin pula adalah bahan buangan tubuh hasil metabolisma protein otot. 
Urea dan kretinin biasanya disingkirkan oleh ginjal melalui air kencing

Kepekatan urea dan kretinin dalam darah yang melebihi paras normal adalah petunjuk kepada kegagalan fungsi ginjal yang nyata.


Ujian Estimated Glomerular Filtration Rate (e-GFR) adalah ujian anggaran kadar pernurasan glomerulus ginjal. Kadar kreatinin akan digunakan untuk memeriksa peratusan fungsi ginjal.

Fungsi ginjal adalah normal apabila e-GFR kita antara 90 – 120 ml/minit. Jika e-GFR kita kurang dari 60 ml/minit, kemungkinan berlaku kerosakan ginjal.





FAKTA :
Di Malaysia, 1 daripada 4 pesakit diabetes mempunyai masalah buah pinggang. 
Dan 6 daripada 10 pesakit yang menjalani dialisis adalah pesakit diabetes.


Menurut Yayasan Buah Pinggang Amerika (2005),  masalah buah pinggang yang kronik hanya berada pada tahap 10% kapasiti normal. Penyakit ini berlaku apabila buah pinggang tidak lagi berupaya menapis bahan buangan secara normal.
End Stage Renal Failure (ESRF) merupakan kegagalan buah pinggang tahap akhir yang juga dikenali sebagai penyakit kerosakan buah pinggang yang kekal.

Doa, usaha dan tawakkal. In syaa Allah.

Sunday, 18 November 2018

UBAT CAIR DARAH

Last Updated : 29 Ogos 2019



24 jam sebelum bekam, jangan ambil ubat cair darah.
Tujuannya adalah untuk :
- mengelakkan pendarahan yang berlebihan.
- mengelakkan kesan pening, pitam atau pingsan ketika proses bekam.

Begitu juga jangan ambil ubat klinikal lain seperti ubat darah tinggi, ubat kencing manis, ubat tahan sakit dan lain-lain. Ini bertujuan agar darah kotor dapat disedut keluar secara efektif.


ANTICOAGULANTS (BLOOD THINNERS) - Ubat Cair Darah

Ubat pencair darah yang diberi doktor adalah untuk mencegah darah beku / gumpalan darah (blood clot) kepada pengidap baru strok akibat arteri tersumbat di otak. Saluran darah arteri tersumbat secara tiba-tiba ke otak, yang disebabkan oleh darah beku (blood clot) adalah punca jenis strok yang lazim. Jenis ini dipanggil strok iskemia.
Umumnya, doktor akan memberi ubat Antikoagulan (ubat pencair darah) kepada pengidap strok
1. Aspirin
Aspirin biasa digunakan untuk merawat sakit sendi, demam, dan keradangan. Ia juga digunakan untuk pesakit stroke dan jantung. Fungsi Aspirin adalah seperti berikut :
(a) Ubat Tahan Sakit
Untuk melegakan kesakitan yang dialami akibat pening, sakit gigi, sakit otot, senggugut (period pain) dan sebagainya.
(b) Ubat Cair Darah
Ubat ini biasa diberi kepada pesakit yang mengalami darah pekat tahap sederhana.. Ia berfungsi menghalang pembentukan platelet yang akan menyebabkan pembekuan darah dan seterusnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok. 

Biasanya doktor akan memberikan aspirin sebagai pencair darah pada:
- Pesakit yang pernah mengalami serangan jantung atau stroke.
- Pesakit dengan cincin/stent jantung, atau pernah menjalani operasi by-pass.
- Pesakit yang berisiko mengalami serangan jantung dan mengalami diabetes.

Beberapa perkara yang perlu anda ketahui tentang ubat aspirin:
(a) Aspirin tidak sesuai digunakan untuk rawatan penyakit gout.
(b) Aspirin tidak boleh diambil oleh kanak-kanak dan remaja berumur 16 tahun ke bawah. Pengambilan Aspirin oleh golongan ini boleh menyebabkan Sindrom Reye berlaku (keadaan di mana lemak berkumpul di otak, hati dan organ lain).

2. Warfarin (Coumadin)
Warfarin mengurangkan kadar pembekuan darah, tetapi tidak berupaya untuk mencairkan darah beku yang sedia ada. Ubat ini mula bertindak dalam masa 24 jam selepas memakan ubat ini. Ia akan memberi kesan sepenuhnya dalam masa 3 - 5 hari. Jika pengambilan ubat ini dihentikan serta merta, kesannya masih mampu bertahan selama 2 - 5 hari.

3. Heparin

4. Danaparoid (Orgaran)

5. Enoxaparin (Lovenox)

6. Tinzaparin (Innohep)

7. Fondaparinux (Arixtra)

8. Dalteparin (Fragmin)




BEKAM STROKE (ANGIN AHMAR)

CEGAH STROKE / ANGIN AHMAR DENGAN BEKAM

Strok boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran dan memerlukan rawatan segera. Antara gejala strok  awal adalah seperti seperti muka berubah, tangan atau kaki berasa lemah, sukar bercakap, penglihatan kabur, hilang keseimbangan dan pening.

“Ada juga individu yang terus mengalami lumpuh sebelah badan sama ada di sebelah kanan atau kiri, namun tidak semua jenis strok menyebabkan lumpuh kerana gangguan saraf berlaku jauh dari bahagian otak yang mengawal pergerakan,” katanya.

Antara punca penyakit angin ahmar adalah akibat tekanan darah tinggi yang tidak terkawal akibat pemakanan yang tidak sihat.
.
Makanan yang buruk adalah makanan yang mengandungi tinggi :

1. Garam
Makanan bermasin seperti ikan kering, ikan bilis, sardin tin, telur masin.
Kandungan garam yang tinggi dalam pemakanan adalah penyumbang utama kepada tekanan darah tinggi.

2. Lemak Tepu (saturated fats).
Lemak tepu yang berlebihan akan menaikkan kadar LDL (kolesterol jahat) dalam darah.
 
3. Lemak Trans (trans fat).
    Kek, biskut, makanan segera.

4. Kolesterol.
    Aiskrim, telur kuning, mentega, daging merah.

5. Gula.


Terdapat dua jenis strok yang boleh berlaku iaitu strok iskemia, yang disebabkan oleh sekatan/sumbatan pada aliran darah di otak. Kedua ialah Strok Hemorrhagic (strok berdarah), iaitu pendarahan yang berlaku dalam salur darah (salur darah pecah) di otak.


Image result for titik bekam stroke

Thursday, 15 November 2018

DARAH KOTOR VS. BANYAK ANGIN

BEKAM BUKIT MERTAJAM

Ada beberapa istilah penyakit yang membingungkan para doktor perubatan moden, tetapi amat popular dengan masyarakat Melayu dan perubatan tradisional. Diantara ialah :
1. Banyak Angin / Masuk Angin.
2. Darah Kotor.

Kedua-2 istilah ini tidak ada dalam dunia perubatan moden, dan hanya wujud dalam alam perubatan alternatif seperti urutan tradisional, bekam sunnah, fashdu,  dan seumpamanya. 

BANYAK ANGIN
Banyak Angin (atau istilah lainnya seperti Masuk Angin, Angin Duduk atau Angin Menggigit) adalah ungkapan paling popular di kalangan masyarakat terutamanya  urutan tradisonal. Tetapi tiada istilah Kurang Angin. Dalam dunia perubatan moden, tidak ada penyakit Banyak Angin mahu pun Kurang Angin
Menurut perubatan moden, Masuk Angin merujuk kepada masalah penghadaman dalam perut seperti:
- Terasa udara atau gas yang berlebihan dalam perut,
- Makan sedikit tapi cepat kenyang,
- Perut terasa penuh,
- Perut rasa kembung, 
- Mual serta muntah,
- Sendawa, 


Banyak orang jumpa doktar untuk masalah Banyak Angin ini, tetapi ramai doktor menganggapnya sebagai mitos sahaja.  Bagi mereka, manusia mempunyai saluran nafas dan paru-2 yang setiap masa ada masuk angin (oksigen) dan keluar angin (karbon dioksida). Jika saluran nafas dan paru-2  tidak ada masuk/keluar  angin, sudah tentu ia akan mati. Angin yang banyak dalam badan tidaklah boleh dijadikan hujah sebagai penyebab suatu penyakit.

Mengikut perubatan tradisional Melayu, istilah Banyak Angin merujuk kepada gangguan yang berlaku pada sistem pernafasan, pencernaan dan sistem peredaran darah. Diantara tanda-2 badan Masuk Angin ialah :
- Badan lesu, 
- Tubuh tidak fit, 
- Badan rasa tidak enak,
- Badan terasa berat,
- Sakit otot, 
- Pening, 
- Sakit leher, 
- Selalu keluar angin, 
- Bersin sampai terbatuk-2, 
- Flu,
- Kesejukan,

- Demam.

Penyakit Banyak Angin ini merupakan ungkapan turun-temurun oleh nenek-moyang kita yang terdahulu  yang disampaikan dari generasi ke generasi sehinggalah sekarang ini.  Adakah nenek-moyang kita yang terdahulu terlalu cetek ilmunya untuk mengenalpasti punca suatu penyakit?

Selain itu, ia juga memberi maksud Badan Berangin atau badan terlebih angin. Manusia terbentuk dari ruh dan jasad, yang merangkumi empat unsur utama iaitu tanah, air, api dan angin. Keempat-2 unsur ini harus seimbang untuk mendapatkan kesihatan yang baik dari segi jasmani dan rohani. 

Pada surat Shaad (Ayat 38:72), disebutkan “fanafakhtu fiihi min ruuhii” (Aku tiupkan ke dalam jasadnya dari ruh-Ku). Ini boleh menjadi petunjuk bahawa dalam diri manusia terdapat something seperti angin atau gas. Umpamakan apabila seseorang yang membakar sate, kemudian ada angin yang bertiup dari barat, maka asap sate itu pasti akan menuju ke timur, tidak mungkin menuju ke arah selatan atau utara, apatah lagi balik lagi ke barat, kecuali angin yang tidak bertiupan, yang bergerak secara rawak. 

Ini menunjukkan bahawa keempat-empat unsur tersebut sangat berintegrasi. Apabila salah satu dari keempatnya bermasalah, maka akan memberi impak negatif pada unsur yang lainnya iaitu menyebabkan pelbagai penyakit datang menjelma.

Dalam ilmu kedoktoran, penyebab penyakit itu mestilah jelas seperti bakteria/virus yang menjadi penyebabnya (contohnya tibi,pneumonia), tekanan darah tinggi (stroke, masalah jantung), dan lainnya. 

Definasi Banyak Angin yang lainnya ialah masuknya angin ke dalam tubuh secara tidak normal, yang boleh memberi mudarat terhadap tubuh. 
Contohnya:
1. Angin yang masuk ke dalam perut melalui mulut/hidung terus dan menganggu sistem percernaan.
2. Angin sejuk masuk ke dalam tubuh melalui permukaan kulit. 
3. Pergerakan angin yang terganggu dalam tubuh, juga disebut angin jahat yang menganggu tubuh.




DARAH KOTOR
Darah kotor selalu dikaitkan penyakit bisul dan jerawat. Umumnya beranggapan bahawa darah kotor akan menimbulkan bisul, jerawat, kulit yang bermasalah, kelemumur,  rambut gugur dan sebagainya. Persepsi ini diperkuatkan lagi oleh iklan-2 produk-2 berasaskan herba di TV dan media sosial.
Sebenarnya tumbuhnya bisul atau jerawat bukan kerana darah kotor, tetapi kerana kulit yang bermasalah. Contohnya, infeksi kelenjar minyak pada kulit, yang akhirnya membuat kuman/bakteria masuk ke dalam, maka muncullah bisul atau yang lainnya, masalah alergi, atau sebab-2 lain.
Dari tafsiran perubatan tradisional, darah kotor adalah darah yang sudah mati, darah yang sudah tidak dapat berfungsi dengan baik, darah tidak normal, darah yang cacat, darah yang mengganggu sistem peredaran darah, dan boleh memudaratkan tubuh. Darah ini harus dikeluarkan melalui kaedah bekam.

Dalam dunia kedoktoran moden, tidak ada istilah Darah Kotor. Semua darah adalah bersih. Dari segi perbezaan lain ialah ada darah yang cair, dan ada darah yang pekat. Ada darah banyak gula (diabetes), dan ada darah yang kurang gula.
Ada darah yang mengandung banyak oksigen, dan ada darah yang tiada oksigen (banyak karbon dioksida). Darah yang banyak karbon dioksida ini akan melalui "proses pembersihan" oleh organ paru-2 sebelum digunakan kembali untuk metabolisme tubuh. Proses pembersihan ini bukanlah bererti darah itu kotor, tetapi karbon dioksida perlu dikeluarkan dari darah itu, dan diganti dengan oksigen. 


Kaedah paling terbaik untuk mengeluarkan darah kotor, angin jahat dan pelbagai elemen penyebab penyakit adalah melalui bekam. 
Bagi yang pernah berbekam, badan akan terasa ringan dan lega dengan serta-merta terutamanya pada area yang sakit. Ini adalah kerana sumbatan-2 dalam pembuluh darah telah dikeluarkan dan perjalanan darah sudah kembali normal. Sel-2 tubuh kembali segar dengan sel-2 darah yang baru dan aliran darah yang lebih lancar.


Bagi anda yang ingin mendapatkan rawatan bekam atau maklumat lanjut, anda boleh Whatsapp/Call/SMS ke :
017 - 4256 121 (Ustaz Abdul Mannan)
Atau klik link WhatsApp di bawah ini.

LOKASI :
Bekam Bukit Mertajam (Hijamah)
TBP 3290, Machang Bubok, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
(Bersebelahan dengan Masjid Machang Bubok)


Semoga Bermanfaat