Tuesday, 22 May 2018

TIPS SEBELUM BEKAM

Last Updated : 16 November 2018

BEKAM BUKIT MERTAJAM

Berikut adalah beberapa anjuran sebelum bekam yang boleh anda buat supaya kesannya menjadi lebih baik. 
    1.   Memberitahu Masalah Atau Keluhan Peyakit Yang Anda Alami Kepada Jurubekam Supaya Ia Boleh Melakukan Bekam Dengan Lebih Efektif Berdasarkan Penjelasan Anda. 


    2.  Elakkan Makan "makanan berat" 3 - 5 Jam Sebelum Bekam, Tidak Terlalu Lapar Dan Tidak Terlalu Kenyang.

    3.   Tidak Melakukan Hubungan Seks (bersetubuh) 1 Hari Sebelum Bekam.

    4.  Berwudhuk Sebelum Berbekam.

    5.  Membaca Ayatul Kursi Sebelum Bekam Dilakukan.

    6.  Berdoa Atau Berniat Untuk Mendapatkan Kesihatan.

    7.  Tidak Mengambil Ubatan Farmasi/Hospital/Klinikal 24 Jam Sebelum Bekam.
    Bagi anda yang mungkin mengambil ubatan klinikal seperti ubat pencair darah, ubat kolesterol, ubat darah tinggi, ubat kencing manis atau yang seumpamanya, adalah dinasihatkan supaya tidak makan ubatan tersebut 24 jam sebelum bekam.
    Biasanya orang yang menghadapi masalah jantung, penyakit darah tinggi, penghidap stroke, mereka berdarah pekat dan kolestrol yang tinggi akan diberikan ubat pencair darah. Antara ubat pencair darah atau anticoagulant yang biasa diberikan adalah Aspirin, Warfarin dan Heparin.
    Untuk penyediaan sebelum menerima rawatan bekam, seharusnya anda tidak mengambil ubatan klinikal sekurang-kurangnya 24 jam sebelum menerima rawatan. Ini mungkin bertentangan dengan aliran perubatan moden, namun bekam juga mempunyai beberapa polisi yang akan menjayakan rawatan. 

    8. Melakukan Bekam 1 bulan Selepas Menderma Darah.
    Menderma darah adalah satu kebaikan yang dipuji. Menurut sesetengah pandangan, menderma darah boleh dikiaskan dengan amalan Al-Fasdhu iaitu satu kaedah pengosongan yang mengeluarkan darah dari urat vena yang dilukakan. Al-Fasdhu ada disebut di dalam hadith shahih dan merupakan salah satu rawatan dalam cabang ilmu perubatan islam dan yunani. Namun, apabila seseorang disahkan mengidap suatu penyakit yang kronik, kemungkinan besar ia tidak lagi layak menderma darah.
    Bagi mereka yang sering menderma darah, pastikan jangan terus berbekam selepas menderma darah. Pada kebiasaan jumlah darah yang dikeluarkan ketika menderma darah maksimumnya adalah 450 ml bagi mereka yang mempunyai berat badan 50 kg ke atas. Jumlah itu terlalu banyak dan tubuh badan memerlukan satu masa untuk proses penggantian darah yang telah dikeluarkan. Jarak masa sebulan adalah yang terbaik dan sesuai apabila seseorang itu hendak melakukan rawatan bekam selepas menderma darah.






    Facebook PAGE :  BEKAM SUNNAH ONLINE
    https://business.facebook.com/cuppingmedic/









    No comments:

    Post a Comment