Tuesday, 29 May 2018

BEKAM KENCING MANIS (DIABETES)

Last Updated : 22.11.2018

Penyakit Kencing Manis juga dikategorikan top 10 'pembunuh senyap' selain daripada penyakit Tekanan Darah Tinggi.

Terdapat 2 jenis diabetes iaitu:

1. Type 1 Diabetes

  • Tubuh tidak dapat menghasilkan insulin.
  • Statistik kes pesakit kencing manis menunjukkan bahawa penghidap Kencing Manis Type 1  terdiri daripada lebih kurang 5% sahaja, manakala 95% lagi adalah Kencing Manis Type 2.
  • Kencing Manis Type 1 biasanya berpunca daripada masalah genetik di mana seseorang itu dilahir dengan pankreas yang tidak boleh menghasilkan insulin yang mencukupi untuk membantu penggunaan glukosa. Kencing Manis Type 1 biasanya boleh dikesan pada bayi atau kanak-kanak.

2. Type 2 Diabetes

  • Gangguan metabolik dimana tubuh tidak dapat menghasilkan insulin yang secukupnya, atau insulin yang dihasilkan tidak dapat digunakan dengan baik (insulin tidak responsif).
  • Kencing Manis Type 2 adalah disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Ia adalah jenis kencing manis yang biasa terjadi pada orang dewasa yang berumur 40 ke atas. Tetapi, kajian statistik terbaru menunjukkan penyakit ini menunjukkan trend yang cenderung ke arah golongan umur yang lebih muda. Kini, ramai orang berumur sekitar 30-an sudah pun menunjukkan bacaan glukosa darah yang tinggi. 

Titik-2 bekam untuk rawatan kencing manis adalah di bahagian perut dan belakang badan pesakit dimana titik-2 tersebut adalah titik organ pankreas. Namun begitu, bekam seluruh badan digalakkan berdasarkan fakta darah pengidap kencing manis “Darah Yang Pekat dan Gelap”. Kaedah bekam akan menyingkirkan darah kotor yang mengandungi gula dan toksin yang terperangkap dalam saluran darah. Dan pesakit dinasihatkan untuk mengamalkan diet yang seimbang, bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Doa - Usaha - Tawakkal






Bagi anda yang ingin mendapatkan rawatan bekam atau maklumat lanjut, anda boleh Whatsapp/Call/SMS ke :
017 - 4256 121   (Ustaz Abdul Mannan)

Atau klik link WhatsApp di bawah ini.

LOKASI :
Bekam Bukit Mertajam (Hijamah)
TBP 3290, Machang Bubok, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
(Bersebelahan dengan Masjid Machang Bubok)


Semoga Bermanfaat



No comments:

Post a Comment