Wednesday, 30 May 2018

BEKAM TENAGA BATIN

Last Updated : 29.08 2019

Bekam Infra-Red untuk rawat masalah tenaga batin lelaki.
Kaedah bekam lebih efektif untuk rawatan Tenaga Batin berbanding urutan tradisional.






Gambar 1 : Sebab-Sebab Mati Pucuk (Erectile Dysfunction).

Penyakit Kardiovaskular adalah faktor utama kepada masalah mati pucuk.
Penyakit ini merujuk kepada keadaan pesakit yang mengalami masalah penyempitan atau sumbatan pada saluran darah yang boleh mendatangkan risiko peyakit stroke, masalah jantung dan sakit dada (angina). 

The term "Heart Disease" is often used interchangeably with the term "Cardiovascular Disease."

Manusia berikhtiar, Tuhan menentukan.
Jangan berputus asa dari rahmat-Nya.



Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya pengobatan yang paling ideal yang kalian patut gunakan ialah bekam”.
          (Shahih Bukhari)


Bagi anda yang ingin mendapatkan rawatan bekam atau maklumat lanjut, anda boleh Whatsapp/Call/SMS ke :

017 - 4256 121 (Ustaz Abd. Mannan)

Atau klik link WhatsApp di bawah ini.

LOKASI :
Bekam Bukit Mertajam (Hijamah)
TBP 3290, Machang Bubok, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
LANDMARK : Bersebelahan dengan Masjid Machang Bubok.

1️⃣️️  GOOGLE MAPS :

2️⃣  WAZE :


Google Search :
1. Bekam Bukit Mertajam.
2. Bekam Pulau Pinang.
3. Bekam Kulim.







BEKAM PENYAKIT KARDIOVASKULAR

Last Updated : 03.12.2018

Penyakit Kardiovaskular (Cardiovascular Disease - CVD) adalah penyakit yang berkaitan dengan masalah :
(i) jantung, dan 
(ii) saluran-2 darah.

Istilah 'Penyakit Jantung' selalu berkait dengan 'Penyakit Kardiovaskular'.

Penyakit Kardiovaskular merujuk kepada keadaan dimana saluran darah yang menjadi sempit atau tersekat (blocked) akibat pembentukan plak yang boleh mengundang penyakit serangan jantung, sakit dada (angina) atau stroke.

Penyakit Jantung pula merujuk kepada masalah kesihatan otot-2 jantung, injap, dan kadar denyutan.

1. JANTUNG

Jantung adalah umpama sebuah pam, yang terletak agak sebelah kiri pada bahagian dada manusia.  Saiz jantung manusia hanyalah sebesar penumbuk tetapi ia adalah otot yang paling kuat dalam tubuh.
Dengan setiap denyutan jantung, jantung mengepam darah ke seluruh tubuh.



2. FAKTOR PENYEBAB PENYAKIT KARDIOVASKULAR

Menurur perubatan moden, faktor penyebab penyakit kardiovaskular masih tidak jelas. Tetapi faktor-2 yang lain (risk factors)  adalah seperti :

A.  Tekanan Darah Tinggi
B.  Merokok
C.  Kolesterol Tinggi
D.  Kencing Manis
E.  Tidak Aktif/Tidak Beriadah
F.   Berat Berlebihan.
G.  Sejarah Keluarga (family history)
H.  Tabiat Pemakanan Yang Buruk.


Faktor yang lain yang melemahkan sistem kardiovaskular:
- Keradangan.
- Pengambilan dadah terlarang.
- Pengambilan alkohol.
- Toxins.

Atherosclerosis adalah sebab yang paling umum penyebab penyakit kardiovaskular.




Bagi anda yang ingin mendapatkan rawatan bekam atau maklumat lanjut, anda boleh Whatsapp/Call/SMS ke :
017 - 4256 121 (Ustaz Abdul Mannan)
Atau klik link WhatsApp di bawah ini.

LOKASI :
Bekam Bukit Mertajam (Hijamah)
TBP 3290, Machang Bubok, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
(Bersebelahan dengan Masjid Machang Bubok)


Semoga Bermanfaat

Google Search :
1. Bekam Bukit Mertajam.
2. Bekam Pulau Pinang.
3. Bekam Kulim.



BEKAM KOLESTEROL TINGGI

LAST UPDATE : 24.04.2021

BEKAM BUKIT MERTAJAM
Kenapa orang takut dengan kolesterol tinggi?
Sebabnya adalah kerana kolesterol tinggi dalam darah boleh memberi sumbatan (blockage) kepada mana-mana saluran darah yang ada dalam tubuh. 
Jika satu, dua atau pun tiga saluran darah di tangan atau kaki tersumbat, masalah yang biasa terjadi adalah seperti kesukaran bergerak, kejang otot (muscle cramp), sakit otot, kebas dan otot kaku. 
Tetapi jika satu sahaja saluran darah di otak tersumbat, maka terjadilah penyakit stroke. Begitu juga jika satu sahaja saluran di jantung tersumbat, maka terjadilah serangan jantung.


Lima golongan yang mesti menurunkan tahap kolesterol dengan serendah-rendahnya (terutamanya kolesterol LDL) :
1. Mereka yang pernah terkena stroke mahu pun mini-stroke (stroke ringan).
2. Mereka yang pernah terkena serangan jantung.
3. Pengidap diabetes.
4. Orang bertekanan darah tinggi.
5. Orang yang ada faktor keturunan sakit jantung dan stroke.


Apakah itu kolesterol ?
Kolesterol adalah zat lilin yang terhasil dari 2 sumber utama iaitu:
1. Hati yang menghasilkan kolesterol yang diperlukan tubuh, kemudian melepaskannya ke dalam aliran darah. 
2. Makanan yang kaya dengan kolesterol, yang dimakan setiap hari. Hati akan menghasilkan lebih banyak kolesterol apabila anda makan makanan yang banyak mengandungi lemak-tepu dan lemak-trans.
Terlalu banyak kolesterol dalam aliran darah dapat mengakibatkan pembentukan plak, yang dapat menganggu perjalanan darah anda. Jika penyumbatan aliran darah terjadi pada aliran darah menuju otak, maka hal ini dapat menyebabkan stroke. Jika penyumbatan aliran darah terjadi di jantung, maka dapat menyebabkan serangan jantung.


Terdapat dua jenis kolesterol dalam tubuh kita, iaitu kolesterol baik (HDL) dan kolesterol jahat (LDL).

Makanan seperti daging, ayam dan produk susu penuh-lemak mengandungi kolesterol yang tinggi. Selain itu, makanan yang kaya dengan lemak-tepu (saturated fat) dan lemak-trans (trans fat) menyebabkan hati menghasilkan lebihan kolesterol. 

Kolesterol yang tinggi menyebabkan pembentukan plak (plaque builds up) atau pembentukan endapan lemak (a build-up of fatty depositspada saluran darah, yang menambahkan risiko pembentukan darah beku. 
Pembentukan plak ini disebut sebagai atherosclerosis, yang menjadi faktor penyebab penyakit jantung.

Pembentukan plak akan menyempitkan saluran darah yang mengakibatkan :
i.   Jantung terpaksa bekerja lebih keras untuk mengepam darah ke seluruh tubuh. Akibatnya tekanan darah meningkat naik.
ii.  Menghadkan atau menganggu perjalanan darah.
iii. Mengeraskan saluran darah yang sepatutnya fleksibel. Saluran darah yang keras tidak dapat mengembang dengan baik apabila darah yang lebih banyak hendak bergerak dalam saluran darah tersebut.


Bagi anda yang ingin mendapatkan rawatan bekam atau maklumat lanjut, anda boleh Whatsapp/Call/SMS ke :

017 - 4256 121 (Ustaz Mannan)
Atau klik link WhatsApp di bawah ini.

LOKASI :
Bekam Bukit Mertajam (Hijamah)
TBP 3290, Machang Bubok, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
(Bersebelahan dengan Masjid Machang Bubok)


Semoga Bermanfaat

Tuesday, 29 May 2018

BEKAM KENCING MANIS (DIABETES)

Last Updated : 22.11.2018

Penyakit Kencing Manis juga dikategorikan top 10 'pembunuh senyap' selain daripada penyakit Tekanan Darah Tinggi.

Terdapat 2 jenis diabetes iaitu:

1. Type 1 Diabetes

  • Tubuh tidak dapat menghasilkan insulin.
  • Statistik kes pesakit kencing manis menunjukkan bahawa penghidap Kencing Manis Type 1  terdiri daripada lebih kurang 5% sahaja, manakala 95% lagi adalah Kencing Manis Type 2.
  • Kencing Manis Type 1 biasanya berpunca daripada masalah genetik di mana seseorang itu dilahir dengan pankreas yang tidak boleh menghasilkan insulin yang mencukupi untuk membantu penggunaan glukosa. Kencing Manis Type 1 biasanya boleh dikesan pada bayi atau kanak-kanak.

2. Type 2 Diabetes

  • Gangguan metabolik dimana tubuh tidak dapat menghasilkan insulin yang secukupnya, atau insulin yang dihasilkan tidak dapat digunakan dengan baik (insulin tidak responsif).
  • Kencing Manis Type 2 adalah disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Ia adalah jenis kencing manis yang biasa terjadi pada orang dewasa yang berumur 40 ke atas. Tetapi, kajian statistik terbaru menunjukkan penyakit ini menunjukkan trend yang cenderung ke arah golongan umur yang lebih muda. Kini, ramai orang berumur sekitar 30-an sudah pun menunjukkan bacaan glukosa darah yang tinggi. 

Titik-2 bekam untuk rawatan kencing manis adalah di bahagian perut dan belakang badan pesakit dimana titik-2 tersebut adalah titik organ pankreas. Namun begitu, bekam seluruh badan digalakkan berdasarkan fakta darah pengidap kencing manis “Darah Yang Pekat dan Gelap”. Kaedah bekam akan menyingkirkan darah kotor yang mengandungi gula dan toksin yang terperangkap dalam saluran darah. Dan pesakit dinasihatkan untuk mengamalkan diet yang seimbang, bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Doa - Usaha - Tawakkal






Bagi anda yang ingin mendapatkan rawatan bekam atau maklumat lanjut, anda boleh Whatsapp/Call/SMS ke :
017 - 4256 121   (Ustaz Abdul Mannan)

Atau klik link WhatsApp di bawah ini.

LOKASI :
Bekam Bukit Mertajam (Hijamah)
TBP 3290, Machang Bubok, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
(Bersebelahan dengan Masjid Machang Bubok)


Semoga Bermanfaat



Monday, 28 May 2018

HARI SUNNAH BEKAM

LAST UPDATE : 01 OKTOBER 2019

1.  Rasulullah saw bersabda:
"Barangsiapa berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21, (kalender Hijrah) maka bekam tersebut menjadi ubat dari segala penyakit."
         (HR Abu Daud)

2.  Dari Muawiyah, dari Ma’ql bin Yassar r.a, ia berkata  bahawa sesungguhnya Rasulullah saw bersabda : 
"Berbekam pada hari Selasa atau tanggal 17 adalah masa/waktu yang disunnahkan". 
Rasulullah SAW bersabda :
“Aku tidak diperintah oleh para malaikat pada malam Isra kecuali mereka (para malaikat) itu berkata : Berbekamlah ya Muhammad .” dan mereka (para malaikat) itu juga berkata “perintahkan umatmu berbekam”.
Rasulullah saw juga bersabda :
Hendaklah berbekam pada tanggal 15, 17, 19 dan 21”.
         (Ma’rifatu Shahabah dan Mu’jam Kabir At-Thabrani)


3.  Rasulullah saw bersabda:
"Barangsiapa ingin berbekam, maka pilihlah tarikh  17 atau 19 atau 21, dan janganlah salah seorang dari kalian membiarkan darahnya 'mendidih' (iaitu bergelojak) dimana hal ini boleh membunuhnya (memudaratkannya)".
         (Sunan Ibnu Majah)


4.  Waktu terbaik melakukan bekam adalah diantara 15 hingga 21 (kalender Hijrah) untuk setiap bulan kerana darah mengalir dengan kadar maksimum, pembuluh darah kecil (kapilari) mengembang sepertimana mengembangnya bulan. 
Walaubagaimanapun, disunnahkan berbekam pada hari yang ganjil. Namun pada hari yang genap tidaklah menjadi dosa atau kesalahan yang besar. 
Bagi penyakit lain yang kritikal atau sangat teruk, boleh melakukan bekam secepat mungkin tanpa perlu menunggu tarikh-2 sunnah.

Tuesday, 22 May 2018

TIPS SELEPAS BEKAM

Last Updated : 16 November 2018

Selepas bekam, tubuh anda akan menjadi "sejuk" kerana bekam membuang "panas @ haba" yang berlebihan dalam tubuh. Selain itu, terdapat kesan luka-luka kecil akibat bekam.

1. Lebih Baik Anda Langsung Istirehat Serta Menghindari Kerja-2 Yang Berat.


2. Elakkan Melakukan Hubungan Seks (bersetubuh) Sekurang-kurangnya 1 Hari (sebaik-baiknya adalah 3 hari) Selepas Mendapat Rawatan Bekam.

3. Madu Lebah Original Dan Cuka Epal.
Untuk mendapatkan kesan aliran darah yang optimum selepas bekam, kombinasi madu lebah dan cuka epal adalah makanan terbaik selepas bekam. Kedua-duanya adalah makanan sunnah yang disukai Nabi saw.
Selain itu, pengambilan makanan sunnah lain seperti susu kambing segar juga disyorkan 
setelah selesai berbekam sebelum menjamah makanan lain yang berat. Ini demi mengembalikan tenaga badan dan semangat serta mempercepatkan proses pemulihan keseimbangan DARAH serta aktiviti metabolisma badan. Biasa badan orang yang baru dibekam agak lemah sedikit selepas sesi bekam selama 1 jam dan pening pening. Ini cuma masa transisi sebelum badan menjadi amat SEGAR DAN RINGAN.

4. Elakkan Tidur 3 jam Selepas Bekam.

5. Elakkan Mandi 8 Jam Selepas Nekam.
Tidak terus mandi selepas selesai berbekam. Ini demi mengelakkan daripada luka bekam terbuka dan kembali berdarah yang seterusnya memungkinkan jangkitan di rumah. 

6.  Elakkan  Minuman Ais 7 Hari Selepas Bekam.

7. Elakkan Makan Makanan Yang "gatal" Seperti Telur, Sotong Dan Yang Seumpamanya Jika Kulit Anda Sensitif (gatal) Terhadap Luka.








WhatsApp/Call :  017 - 4256 121 (Ustaz Abd. Mannan) 

Facebook PAGE :  BEKAM SUNNAH ONLINE
https://business.facebook.com/cuppingmedic/



TIPS SEBELUM BEKAM

Last Updated : 16 November 2018

BEKAM BUKIT MERTAJAM

Berikut adalah beberapa anjuran sebelum bekam yang boleh anda buat supaya kesannya menjadi lebih baik. 
    1.   Memberitahu Masalah Atau Keluhan Peyakit Yang Anda Alami Kepada Jurubekam Supaya Ia Boleh Melakukan Bekam Dengan Lebih Efektif Berdasarkan Penjelasan Anda. 


    2.  Elakkan Makan "makanan berat" 3 - 5 Jam Sebelum Bekam, Tidak Terlalu Lapar Dan Tidak Terlalu Kenyang.

    3.   Tidak Melakukan Hubungan Seks (bersetubuh) 1 Hari Sebelum Bekam.

    4.  Berwudhuk Sebelum Berbekam.

    5.  Membaca Ayatul Kursi Sebelum Bekam Dilakukan.

    6.  Berdoa Atau Berniat Untuk Mendapatkan Kesihatan.

    7.  Tidak Mengambil Ubatan Farmasi/Hospital/Klinikal 24 Jam Sebelum Bekam.
    Bagi anda yang mungkin mengambil ubatan klinikal seperti ubat pencair darah, ubat kolesterol, ubat darah tinggi, ubat kencing manis atau yang seumpamanya, adalah dinasihatkan supaya tidak makan ubatan tersebut 24 jam sebelum bekam.
    Biasanya orang yang menghadapi masalah jantung, penyakit darah tinggi, penghidap stroke, mereka berdarah pekat dan kolestrol yang tinggi akan diberikan ubat pencair darah. Antara ubat pencair darah atau anticoagulant yang biasa diberikan adalah Aspirin, Warfarin dan Heparin.
    Untuk penyediaan sebelum menerima rawatan bekam, seharusnya anda tidak mengambil ubatan klinikal sekurang-kurangnya 24 jam sebelum menerima rawatan. Ini mungkin bertentangan dengan aliran perubatan moden, namun bekam juga mempunyai beberapa polisi yang akan menjayakan rawatan. 

    8. Melakukan Bekam 1 bulan Selepas Menderma Darah.
    Menderma darah adalah satu kebaikan yang dipuji. Menurut sesetengah pandangan, menderma darah boleh dikiaskan dengan amalan Al-Fasdhu iaitu satu kaedah pengosongan yang mengeluarkan darah dari urat vena yang dilukakan. Al-Fasdhu ada disebut di dalam hadith shahih dan merupakan salah satu rawatan dalam cabang ilmu perubatan islam dan yunani. Namun, apabila seseorang disahkan mengidap suatu penyakit yang kronik, kemungkinan besar ia tidak lagi layak menderma darah.
    Bagi mereka yang sering menderma darah, pastikan jangan terus berbekam selepas menderma darah. Pada kebiasaan jumlah darah yang dikeluarkan ketika menderma darah maksimumnya adalah 450 ml bagi mereka yang mempunyai berat badan 50 kg ke atas. Jumlah itu terlalu banyak dan tubuh badan memerlukan satu masa untuk proses penggantian darah yang telah dikeluarkan. Jarak masa sebulan adalah yang terbaik dan sesuai apabila seseorang itu hendak melakukan rawatan bekam selepas menderma darah.






    Facebook PAGE :  BEKAM SUNNAH ONLINE
    https://business.facebook.com/cuppingmedic/









    RAWATAN BEKAM

    Last Update : 10.03.2019

    Bekam pelbagai penyakit seperti :

    01. Bekam untuk Optimize Aliran Darah. 02. Bekam untuk Kesihatan Spine dan Pinggang. 03. Bekam Tekanan Darah Tinggi. 04. Bekam Kolesterol Tinggi. 05. Bekat Sakit Urat (tengkok/leher, bahu, kaki, lutut, dll) 06. Bekam Migraine dan Sakit Kepala. 07. Bekam Gout (Asam Urat) 08. Bekam Kencing Manis.
    09. Bekam untuk masalah penglihatan (vision problem). 10. Bekam Tenaga Batin. 11. Dan Lain-lain.

    ***In syaaAllah, kami boleh membantu anda.




    KELEBIHAN BEKAM

    Dalam sebuah hadis, iaitu dari Anas bin Malik, Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya rawatan yang terbaik yang kalian patut gunakan ialah bekam”. ( Shahih Bukhari )

    Manusia berikhtiar, Tuhan menentukan.

    Jangan berputus asa dari rahmat-Nya.

    Sila Call/WhatsApp/SMS untuk pertanyaan atau buat temujanji bekam.

    H/PHONE  :  017 - 4256 121  (Abdul Mannan)


    Atau klik link WhatsApp di bawah ini.

    https://wa.me/60174256121

    LOKASI

    BEKAM BUKIT MERTAJAM
    TBP 3290 Machang Bubok,
    14000 Bukit Mertajam, 
    Pulau Pinang.

    (Bersebelahan dengan Masjid Machang Bubok, Bukit Mertajam, Pulau Pinang)

    GOOGLE MAPS :
    https://goo.gl/maps/o1zEuwomGYA2


    Masa Rawatan : 10 pagi - 10 malam

    Atau boleh terus datang ke lokasi rawatan.




    Gambar-gambar di bawah adalah petunjuk untuk anda datang ke lokasi rawatan.



    Gambar 1 : Peta lokasi.



    Gambar 2 : Kedudukan lokasi rawatan (bersebelahan dengan Masjid Machang Bubok)



    Gambar 3 : Lokasi rawatan.