Wednesday, 21 November 2018

BEKAM PENYAKIT BUAH PINGGANG

RAWAT MASALAH BUAH PINGGANG DENGAN BEKAM


Secara umumnya, peranan buah pinggang (ginjal) adalah :
1. Menapis racun (bahan buangan toksik) yang terdapat dalam darah dan menyingkirkannya melalui air kencing. Kebanyakan proses yang berlaku dalam tubuh akan menghasilkan bahan buangan yang bertoksik seperti urea, kretinin, asid urik dan badan-badan keton.
2. Mengekalkan bahan-bahan diperlukan di dalam badan. 

Apabila ginjal gagal berfungsi, organ-2 lain juga turut terganggu.
Ginjal yang tidak normal tidak dapat membuang bahan buangan (wastes) dari darah dengan efektif. Bahan buangan ini boleh diperiksa melalui ujian darah atau ujian air kencing.





Gambar 1 : Struktur Dalaman Buah Pinggang (Ginjal)

Darah yang membawa bahan toksik mengalir melalui Arteri Renal ke dalam ginjal. Di ginjal, darah akan mengjalani proses turasan. Semua bahan toksik akan dituras dan disingkirkan melalui air kencing. Darah yang telah dinyah toksik akan keluar dari ginjal melalui Vena Renal dan beredar balik  ke seluruh tubuh. 



Gambar 2 : Mekanisma Buah Pinggang

Antara ujian darah untuk menentukan status kesihatan ginjal adalah ujian paras urea dan kretinin. 
Urea adalah bahan buangan tubuh hasil metabolisme protein. 
Kretinin pula adalah bahan buangan tubuh hasil metabolisma protein otot. 
Urea dan kretinin biasanya disingkirkan oleh ginjal melalui air kencing

Kepekatan urea dan kretinin dalam darah yang melebihi paras normal adalah petunjuk kepada kegagalan fungsi ginjal yang nyata.


Ujian Estimated Glomerular Filtration Rate (e-GFR) adalah ujian anggaran kadar pernurasan glomerulus ginjal. Kadar kreatinin akan digunakan untuk memeriksa peratusan fungsi ginjal.

Fungsi ginjal adalah normal apabila e-GFR kita antara 90 – 120 ml/minit. Jika e-GFR kita kurang dari 60 ml/minit, kemungkinan berlaku kerosakan ginjal.





FAKTA :
Di Malaysia, 1 daripada 4 pesakit diabetes mempunyai masalah buah pinggang. 
Dan 6 daripada 10 pesakit yang menjalani dialisis adalah pesakit diabetes.


Menurut Yayasan Buah Pinggang Amerika (2005),  masalah buah pinggang yang kronik hanya berada pada tahap 10% kapasiti normal. Penyakit ini berlaku apabila buah pinggang tidak lagi berupaya menapis bahan buangan secara normal.
End Stage Renal Failure (ESRF) merupakan kegagalan buah pinggang tahap akhir yang juga dikenali sebagai penyakit kerosakan buah pinggang yang kekal.

Doa, usaha dan tawakkal. In syaa Allah.

Sunday, 18 November 2018

UBAT CAIR DARAH

Last Updated : 29 Ogos 2019



24 jam sebelum bekam, jangan ambil ubat cair darah.
Tujuannya adalah untuk :
- mengelakkan pendarahan yang berlebihan.
- mengelakkan kesan pening, pitam atau pingsan ketika proses bekam.

Begitu juga jangan ambil ubat klinikal lain seperti ubat darah tinggi, ubat kencing manis, ubat tahan sakit dan lain-lain. Ini bertujuan agar darah kotor dapat disedut keluar secara efektif.


ANTICOAGULANTS (BLOOD THINNERS) - Ubat Cair Darah

Ubat pencair darah yang diberi doktor adalah untuk mencegah darah beku / gumpalan darah (blood clot) kepada pengidap baru strok akibat arteri tersumbat di otak. Saluran darah arteri tersumbat secara tiba-tiba ke otak, yang disebabkan oleh darah beku (blood clot) adalah punca jenis strok yang lazim. Jenis ini dipanggil strok iskemia.
Umumnya, doktor akan memberi ubat Antikoagulan (ubat pencair darah) kepada pengidap strok
1. Aspirin
Aspirin biasa digunakan untuk merawat sakit sendi, demam, dan keradangan. Ia juga digunakan untuk pesakit stroke dan jantung. Fungsi Aspirin adalah seperti berikut :
(a) Ubat Tahan Sakit
Untuk melegakan kesakitan yang dialami akibat pening, sakit gigi, sakit otot, senggugut (period pain) dan sebagainya.
(b) Ubat Cair Darah
Ubat ini biasa diberi kepada pesakit yang mengalami darah pekat tahap sederhana.. Ia berfungsi menghalang pembentukan platelet yang akan menyebabkan pembekuan darah dan seterusnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok. 

Biasanya doktor akan memberikan aspirin sebagai pencair darah pada:
- Pesakit yang pernah mengalami serangan jantung atau stroke.
- Pesakit dengan cincin/stent jantung, atau pernah menjalani operasi by-pass.
- Pesakit yang berisiko mengalami serangan jantung dan mengalami diabetes.

Beberapa perkara yang perlu anda ketahui tentang ubat aspirin:
(a) Aspirin tidak sesuai digunakan untuk rawatan penyakit gout.
(b) Aspirin tidak boleh diambil oleh kanak-kanak dan remaja berumur 16 tahun ke bawah. Pengambilan Aspirin oleh golongan ini boleh menyebabkan Sindrom Reye berlaku (keadaan di mana lemak berkumpul di otak, hati dan organ lain).

2. Warfarin (Coumadin)
Warfarin mengurangkan kadar pembekuan darah, tetapi tidak berupaya untuk mencairkan darah beku yang sedia ada. Ubat ini mula bertindak dalam masa 24 jam selepas memakan ubat ini. Ia akan memberi kesan sepenuhnya dalam masa 3 - 5 hari. Jika pengambilan ubat ini dihentikan serta merta, kesannya masih mampu bertahan selama 2 - 5 hari.

3. Heparin

4. Danaparoid (Orgaran)

5. Enoxaparin (Lovenox)

6. Tinzaparin (Innohep)

7. Fondaparinux (Arixtra)

8. Dalteparin (Fragmin)




BEKAM STROKE (ANGIN AHMAR)

CEGAH STROKE / ANGIN AHMAR DENGAN BEKAM

Strok boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran dan memerlukan rawatan segera. Antara gejala strok  awal adalah seperti seperti muka berubah, tangan atau kaki berasa lemah, sukar bercakap, penglihatan kabur, hilang keseimbangan dan pening.

“Ada juga individu yang terus mengalami lumpuh sebelah badan sama ada di sebelah kanan atau kiri, namun tidak semua jenis strok menyebabkan lumpuh kerana gangguan saraf berlaku jauh dari bahagian otak yang mengawal pergerakan,” katanya.

Antara punca penyakit angin ahmar adalah akibat tekanan darah tinggi yang tidak terkawal akibat pemakanan yang tidak sihat.
.
Makanan yang buruk adalah makanan yang mengandungi tinggi :

1. Garam
Makanan bermasin seperti ikan kering, ikan bilis, sardin tin, telur masin.
Kandungan garam yang tinggi dalam pemakanan adalah penyumbang utama kepada tekanan darah tinggi.

2. Lemak Tepu (saturated fats).
Lemak tepu yang berlebihan akan menaikkan kadar LDL (kolesterol jahat) dalam darah.
 
3. Lemak Trans (trans fat).
    Kek, biskut, makanan segera.

4. Kolesterol.
    Aiskrim, telur kuning, mentega, daging merah.

5. Gula.


Terdapat dua jenis strok yang boleh berlaku iaitu strok iskemia, yang disebabkan oleh sekatan/sumbatan pada aliran darah di otak. Kedua ialah Strok Hemorrhagic (strok berdarah), iaitu pendarahan yang berlaku dalam salur darah (salur darah pecah) di otak.


Image result for titik bekam stroke

Thursday, 15 November 2018

DARAH KOTOR VS. BANYAK ANGIN

BEKAM BUKIT MERTAJAM

Ada beberapa istilah penyakit yang membingungkan para doktor perubatan moden, tetapi amat popular dengan masyarakat Melayu dan perubatan tradisional. Diantara ialah :
1. Banyak Angin / Masuk Angin.
2. Darah Kotor.

Kedua-2 istilah ini tidak ada dalam dunia perubatan moden, dan hanya wujud dalam alam perubatan alternatif seperti urutan tradisional, bekam sunnah, fashdu,  dan seumpamanya. 

BANYAK ANGIN
Banyak Angin (atau istilah lainnya seperti Masuk Angin, Angin Duduk atau Angin Menggigit) adalah ungkapan paling popular di kalangan masyarakat terutamanya  urutan tradisonal. Tetapi tiada istilah Kurang Angin. Dalam dunia perubatan moden, tidak ada penyakit Banyak Angin mahu pun Kurang Angin
Menurut perubatan moden, Masuk Angin merujuk kepada masalah penghadaman dalam perut seperti:
- Terasa udara atau gas yang berlebihan dalam perut,
- Makan sedikit tapi cepat kenyang,
- Perut terasa penuh,
- Perut rasa kembung, 
- Mual serta muntah,
- Sendawa, 


Banyak orang jumpa doktar untuk masalah Banyak Angin ini, tetapi ramai doktor menganggapnya sebagai mitos sahaja.  Bagi mereka, manusia mempunyai saluran nafas dan paru-2 yang setiap masa ada masuk angin (oksigen) dan keluar angin (karbon dioksida). Jika saluran nafas dan paru-2  tidak ada masuk/keluar  angin, sudah tentu ia akan mati. Angin yang banyak dalam badan tidaklah boleh dijadikan hujah sebagai penyebab suatu penyakit.

Mengikut perubatan tradisional Melayu, istilah Banyak Angin merujuk kepada gangguan yang berlaku pada sistem pernafasan, pencernaan dan sistem peredaran darah. Diantara tanda-2 badan Masuk Angin ialah :
- Badan lesu, 
- Tubuh tidak fit, 
- Badan rasa tidak enak,
- Badan terasa berat,
- Sakit otot, 
- Pening, 
- Sakit leher, 
- Selalu keluar angin, 
- Bersin sampai terbatuk-2, 
- Flu,
- Kesejukan,

- Demam.

Penyakit Banyak Angin ini merupakan ungkapan turun-temurun oleh nenek-moyang kita yang terdahulu  yang disampaikan dari generasi ke generasi sehinggalah sekarang ini.  Adakah nenek-moyang kita yang terdahulu terlalu cetek ilmunya untuk mengenalpasti punca suatu penyakit?

Selain itu, ia juga memberi maksud Badan Berangin atau badan terlebih angin. Manusia terbentuk dari ruh dan jasad, yang merangkumi empat unsur utama iaitu tanah, air, api dan angin. Keempat-2 unsur ini harus seimbang untuk mendapatkan kesihatan yang baik dari segi jasmani dan rohani. 

Pada surat Shaad (Ayat 38:72), disebutkan “fanafakhtu fiihi min ruuhii” (Aku tiupkan ke dalam jasadnya dari ruh-Ku). Ini boleh menjadi petunjuk bahawa dalam diri manusia terdapat something seperti angin atau gas. Umpamakan apabila seseorang yang membakar sate, kemudian ada angin yang bertiup dari barat, maka asap sate itu pasti akan menuju ke timur, tidak mungkin menuju ke arah selatan atau utara, apatah lagi balik lagi ke barat, kecuali angin yang tidak bertiupan, yang bergerak secara rawak. 

Ini menunjukkan bahawa keempat-empat unsur tersebut sangat berintegrasi. Apabila salah satu dari keempatnya bermasalah, maka akan memberi impak negatif pada unsur yang lainnya iaitu menyebabkan pelbagai penyakit datang menjelma.

Dalam ilmu kedoktoran, penyebab penyakit itu mestilah jelas seperti bakteria/virus yang menjadi penyebabnya (contohnya tibi,pneumonia), tekanan darah tinggi (stroke, masalah jantung), dan lainnya. 

Definasi Banyak Angin yang lainnya ialah masuknya angin ke dalam tubuh secara tidak normal, yang boleh memberi mudarat terhadap tubuh. 
Contohnya:
1. Angin yang masuk ke dalam perut melalui mulut/hidung terus dan menganggu sistem percernaan.
2. Angin sejuk masuk ke dalam tubuh melalui permukaan kulit. 
3. Pergerakan angin yang terganggu dalam tubuh, juga disebut angin jahat yang menganggu tubuh.




DARAH KOTOR
Darah kotor selalu dikaitkan penyakit bisul dan jerawat. Umumnya beranggapan bahawa darah kotor akan menimbulkan bisul, jerawat, kulit yang bermasalah, kelemumur,  rambut gugur dan sebagainya. Persepsi ini diperkuatkan lagi oleh iklan-2 produk-2 berasaskan herba di TV dan media sosial.
Sebenarnya tumbuhnya bisul atau jerawat bukan kerana darah kotor, tetapi kerana kulit yang bermasalah. Contohnya, infeksi kelenjar minyak pada kulit, yang akhirnya membuat kuman/bakteria masuk ke dalam, maka muncullah bisul atau yang lainnya, masalah alergi, atau sebab-2 lain.
Dari tafsiran perubatan tradisional, darah kotor adalah darah yang sudah mati, darah yang sudah tidak dapat berfungsi dengan baik, darah tidak normal, darah yang cacat, darah yang mengganggu sistem peredaran darah, dan boleh memudaratkan tubuh. Darah ini harus dikeluarkan melalui kaedah bekam.

Dalam dunia kedoktoran moden, tidak ada istilah Darah Kotor. Semua darah adalah bersih. Dari segi perbezaan lain ialah ada darah yang cair, dan ada darah yang pekat. Ada darah banyak gula (diabetes), dan ada darah yang kurang gula.
Ada darah yang mengandung banyak oksigen, dan ada darah yang tiada oksigen (banyak karbon dioksida). Darah yang banyak karbon dioksida ini akan melalui "proses pembersihan" oleh organ paru-2 sebelum digunakan kembali untuk metabolisme tubuh. Proses pembersihan ini bukanlah bererti darah itu kotor, tetapi karbon dioksida perlu dikeluarkan dari darah itu, dan diganti dengan oksigen. 


Kaedah paling terbaik untuk mengeluarkan darah kotor, angin jahat dan pelbagai elemen penyebab penyakit adalah melalui bekam. 
Bagi yang pernah berbekam, badan akan terasa ringan dan lega dengan serta-merta terutamanya pada area yang sakit. Ini adalah kerana sumbatan-2 dalam pembuluh darah telah dikeluarkan dan perjalanan darah sudah kembali normal. Sel-2 tubuh kembali segar dengan sel-2 darah yang baru dan aliran darah yang lebih lancar.


Bagi anda yang ingin mendapatkan rawatan bekam atau maklumat lanjut, anda boleh Whatsapp/Call/SMS ke :
017 - 4256 121 (Ustaz Abdul Mannan)
Atau klik link WhatsApp di bawah ini.

LOKASI :
Bekam Bukit Mertajam (Hijamah)
TBP 3290, Machang Bubok, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
(Bersebelahan dengan Masjid Machang Bubok)


Semoga Bermanfaat






Wednesday, 22 August 2018

BEKAM SAKIT BELAKANG (BACK PAIN)

LAST UPDATE : 01.10.2019

Rawat Sakit Pinggang Dengan Bekam.

Sakit belakang yang melebihi 3 bulan dikira sebagai sakit belakang kronik.
Ia boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur, dan boleh berpunca dari macam-2 sebab. Ia boleh disebabkan oleh aktiviti sukan, stress, kecederaan, gaya hidup dan tabiat pemakanan yang buruk, pengambilan ubatan, kondisi medis, dan sebagainya. Juga boleh disebabkan oleh penggunaan ilmu hitam, sihir dan seumpamanya.
Bagi kanak-2, ia adalah kes terpencil kerana mereka mempunyai darah yang sihat, lancar, tiada sumbatan, dan mereka sangat aktif. Umumnya, risiko sakit belakang akan bertambah dengan peningkatan usia.
Kebanyakan pesakit yang mempunyai sakit belakang, menganggap mereka mempunyai masalah slip disc. Tidak sama sekali ! Bukan semua sakit belakang ada berkait dengan slip disc. Secara saintifik, sakit belakang sebenarnya boleh dikaitkan dengan masalah 'pinggang terseliuh', misalnya duduk terlalu lama. Ketika duduk, tulang belakang bahagian bawah akan menanggung beban 3X ganda, berbanding keadaan berdiri. Tulang belakang juga perlu bergerak (mobility) untuk aliran darah yang baik. Oleh itu hindarilah duduk yang terlalu lama.
Apabila seseorang duduk terlalu lama, postur tersebut akan menekan otot-2 dan tulang-belulang, seterusnya sendi akan menjadi kaku atau keras. Aliran darah ke sel-2 otot terganggu, menyebabkan otot menjadi lemah. Dalam masa sama, anda melakukan kerja diluar kebiasaan seperti mengangkat barang berat. Ini akan menyebabkan pinggang terseliuh dan sakit belakang.
Sumbatan-2 (blockage) boleh berlaku pada bahagian belakang badan samada upper-side atau lower-side atau kedua-duanya. Sumbatan-2 ini menyebabkan aliran darah tersekat, penghantaran nutrients ke sel-2 otot terganggu, pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida tidak berlaku dengan effisien. Akhirnya otot-2 menjadi keras, kejang, dan terasa sakit. Lama-kelamaan setiap pergerakan tubuh akan menghasilkan kesakitan terutamanya di bahagian lower-back, apatah lagi hendak berdiri straight.


Orang dewasa yang bekerja di pejabat terutamanya yang duduk di meja berjam-2 sambil menghadap komputer amat-2 terdedah kepada sakit belakang dan juga sakit tengkok, apatah lagi jika tiada aktiviti selangan untuk regangan ringkas, tiada senaman dan tiada riadah.
Jika pekerjaan seseorang itu sering melibatkan pergerakan tarik, tolak atau sesuatu yang membuatkan tulang belakangnya berputar-2, maka ia juga terdedah kepada sakit belakang.
Sakit belakang juga boleh disebabkan oleh masalah biasa seperti posisi yang salah ketika mengangkat barang terutamanya barang yang sangat berat, postur yang salah semasa duduk, posisi tidur yang tidak baik, dan sebagainya.
☑️ Apabila mengangkat barang, bengkokkan kaki, bukan tulang belakang anda. Bawa beban rapat pada tubuh. Keraskan otot perut sewaktu mengangkat. Dapatkan bantuan orang lain sekiranya anda sukar untuk mengangkat berseorangan.
☑️ Apabila tidur mengiring, bengkokkan sedikit lutut supaya bersentuhan atau apabila tidur menelentang, letakkan bantal di bawah lutut.
☑️ Apabila bekerja dan banyak duduk, sebaik-baiknya duduk dengan teknik yang betul. Bangunlah bagi setiap 30 minit duduk dengan melakukan regangan ringkas atau pun berjalan. Dengan demikian tulang belakang dapat bergerak, dan sakit belakang dapat dielakkan.
Pesakit juga tidak harus bergantung kepada ubat penahan sakit kerana ia boleh menyebabkan kesan sampingan dalam jangka masa panjang seperti kerosakan pada buah pinggang dan risiko mendapat sakit gastrik.




Menurut doktor perubatan moden, Sakit Belakang boleh dikategorikan kepada 2 Kumpulan.
Pertama ialah Kumpulan Fungsi.
Kedua ialah Kumpulan Asli.

1️⃣KUMPULAN FUNGSI
Sakit Belakang jenis ini tidak dapat dikesan oleh kaedah X-Ray mahu pun Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI). Hampir 90 % kes sakit belakang adalah dari Kumpulan Fungsi.
Kebanyakannya adalah mereka yang bekerja dan duduk di kerusi terlalu lama. Seperti yang saya telah maklumkan bahawa postur duduk yang tidak betul boleh menyumbang kepada sakit belakang. Juga mereka yang melakukan pergerakan pantas, agresif dan tiba-2 sebelum melakukan warming up. Ciri-2 kumpulan pertama ini juga adalah mereka yang mempunyai berat badan berlebihan, mereka yang kurang bersenam, dan mereka yang tersangat sibuk dengan kerja pejabat dan rumah sehingga tiada aktiviti riadah.
Kepenatan, stress dan tabiat pemakanan yang buruk menyebabkan mereka merasa sakit belakang lebih daripada orang biasa. Kerja mengangkat benda berat yang jarang dilakukan boleh mencetuskan gejala sakit belakang yang teruk terutamanya posisi mengangkat yang salah.
Pesakit dari kumpulan ini boleh sembuh dengan cepat dengan Bekam.

2️⃣KUMPULAN ASLI
Manakala 10 % lagi adalah mereka yang menghidap sakit belakang Kumpulan Asli, dan dapat dikesan dengan kaedah X-Ray dan MRI. Kebanyakan mereka mengalami masalah kemerosotan struktur tulang rawan tulang belakang yang dikenali sebagai 'degenerative disk disease' dan kadangkala slip disk (prolapse Intervertebral disk).
Ramai yang salah faham tentang slip disc. Istilah sebenar masalah ini ialah iritasi saraf yang disebabkan disc terluka. Disk ialah tulang rawan di antara segmen-2 tulang belakang. Ia berfungsi sebagai penyerap hentakan dan membolehkan pergerakan (movement) tulang belakang. Secara normal, ia akan merosot dengan peningkatan umur, dimana disk kehilangan kelembapannya.
Tetapi bukan semua disk yang merosot menyebabkan sakit belakang. Ini kerana 'slip disk' berlaku apabila disk yang merosot akan menonjol dan menekan atas saraf-2 tunjang. Tanda-tandanya adalah sakit belakang yang diiringi oleh sakit menuju ke kaki dan bawah paras lutut.
Pesakit dari kumpulan ini juga boleh dirawat dengan bekam.
Selain bekam, pesakit dari kumpulan ini juga perlu jumpa doktor pakar untuk tindakan lanjut iaitu pengambilan ubatan tertentu, atau suntikan epidural. Pilihan terakhir pesakit adalah melalui kaedah pembedahan. Walaubagaimanapun, ada juga rawatan lain untuk iritasi saraf seperti fisioterapi.
Pada pendapat saya, in syaa Allah sakit belakang yang anda alami adalah tidak kronik, kerana besar kemungkinannya disebabkan sakit belakang daripada kumpulan pertama iaitu Kumpulan Fungsi. Sudah tentu sakit ini boleh sembuh dengan Bekam. Apabila berlakunya sumbatan (blockage) dalam saluran darah, maka aliran darah akan terganggu. Terjadilah mudarat kepada tubuh seperti sakit belakang, badan rasa berat, kejang, kebas, dan sebagainya.
Bekam melakukan proses penapisan darah dengan membuang darah kotor yang mengganggu aliran darah. Bekam adalah satu kaedah pengobatan yang efektif untuk mengeluarkan sumbatan-2 dalam saluran darah dengan mengeluarkan darah kotor yang mengandung toksin, kolesterol, lebihan darah (darah overloaded), asid urik, unwanted materials, calcium deposits, serta mengeluarkan endapan di dalam pembuluh darah. Selepas bekam, badan akan terasa ringan dan lega dengan serta merta terutamanya pada bahagian pinggang.

Untuk mendapat info rawatan bekam, boleh terus Whatsapp/Call/SMS ke :
017 - 4256 121 

ATAU klik link di bawah ini.

Waktu Rawatan : 9 pagi - 10 malam.

📍LOKASI :📍
Bekam Bukit Mertajam (Hijamah)
TBP 3290, Machang Bubok, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
(Bersebelahan dengan Masjid Machang Bubok)

📍GOOGLE MAPS :📍
https://goo.gl/maps/o1zEuwomGYA2



Google Search :
1. Bekam Pulau Pinang.
2. Bekam Bukit Mertajam.
3. Bekam Kulim.

Friday, 1 June 2018

BEKAM GOUT (ASAM URAT)

Last Updated : 01.10.2019

BEKAM GOUT (ASAM URAT) DI BUKIT MERTAJAM

Pesakit gout akan di bekam pada kaki, area-2 yang sakit, dan point-2 gout mengikut panduan sunnah Nabi SAW dan Traditional Chinese Medicine (TCM). 

Juga sesuai untuk mereka yang mengalami kebas-kebas dan kejang kaki.

Darah akan keluar berbuih-buih di mana terdapat banyak angin dan asid urik di sekitar kawasan tersebut.


BAHAYA PENYAKIT GOUT (ASAM URAT)

Menurut Pakar Perunding Rheumatologi dan Pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Narisa Sulaiman, gout merupakan salah satu penyakit tertua di dalam sejarah perubatan dan dikatakan telah wujud pada zaman Yunani lagi.

Gout berpunca daripada tahap asid urik yang tinggi di dalam darah individu. Pembentukan kristal berlaku apabila tahap asid urik di dalam badan terlalu tinggi iaitu melebihi 360 milimoles per litre (mmol/L).

Asid urik merupakan bahan kumuh berasal daripada sejenis protein yang dipanggil purin. Lazimnya, asid urik larut di dalam darah dan keluar melalui air kencing. Tetapi bagi pesakit gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.

Gout boleh dikawal dan sembuh dengan berbekam.
Asid urik yang berlebihan dapat dikeluarkan secara semulajadi tanpa ubatan atau suntikan bahan kimia yang boleh mendatangkan kesan sampingan. Ubatan moden sering menggunakan steroid atau ubat penahan sakit yang hanya memberi kelegaan sementara. Tetapi bekam mengeluarkan punca penyakit (mengeluarkan mendapan tepu asid urik) dan memberikan kesembuhan secara total.

Bekam pada bahagian yang sakit terutamanya di bahagian kaki dapat mengawal mendapan asid urik di bawah tahap tepu iaitu dengan mencapai tahap asid urik pada kadar kurang 360 mmol/l atau kurang daripada 300 mmol/L untuk pesakit yang mempunyai gout tahap tinggi.

TIPS PEMAKANAN BAGI PESAKIT GOUT:
Elakkan/Kurangkan Pengambilan Makanan-Makanan Berikut :
1️⃣ Organ dalaman haiwan seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak.
2️⃣ Ikan bilis, kembung, dan sardin.
3️⃣ Daging cincang, ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging.
4️⃣ Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang.
5️⃣ Asparagus, bunga kobis, cendawan, bayam, kacang tanah, lentil, kacang, ayam, roti jagung dan bijirin.










Bagi anda yang ingin mendapatkan rawatan bekam atau maklumat lanjut, anda boleh Whatsapp/Call/SMS ke :

017 - 4256 121   (Ustaz Abd. Mannan)

Atau klik link WhatsApp di bawah ini.

LOKASI :
Bekam Bukit Mertajam (Hijamah)
TBP 3290, Machang Bubok, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
LANDMARK : Bersebelahan dengan Masjid Machang Bubok.

1️⃣️️  GOOGLE MAPS :

2️⃣  WAZE :

Wednesday, 30 May 2018

BEKAM TENAGA BATIN

Last Updated : 29.08 2019

Bekam Infra-Red untuk rawat masalah tenaga batin lelaki.
Kaedah bekam lebih efektif untuk rawatan Tenaga Batin berbanding urutan tradisional.






Gambar 1 : Sebab-Sebab Mati Pucuk (Erectile Dysfunction).

Penyakit Kardiovaskular adalah faktor utama kepada masalah mati pucuk.
Penyakit ini merujuk kepada keadaan pesakit yang mengalami masalah penyempitan atau sumbatan pada saluran darah yang boleh mendatangkan risiko peyakit stroke, masalah jantung dan sakit dada (angina). 

The term "Heart Disease" is often used interchangeably with the term "Cardiovascular Disease."

Manusia berikhtiar, Tuhan menentukan.
Jangan berputus asa dari rahmat-Nya.



Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya pengobatan yang paling ideal yang kalian patut gunakan ialah bekam”.
          (Shahih Bukhari)


Bagi anda yang ingin mendapatkan rawatan bekam atau maklumat lanjut, anda boleh Whatsapp/Call/SMS ke :

017 - 4256 121 (Ustaz Abd. Mannan)

Atau klik link WhatsApp di bawah ini.

LOKASI :
Bekam Bukit Mertajam (Hijamah)
TBP 3290, Machang Bubok, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
LANDMARK : Bersebelahan dengan Masjid Machang Bubok.

1️⃣️️  GOOGLE MAPS :

2️⃣  WAZE :


Google Search :
1. Bekam Bukit Mertajam.
2. Bekam Pulau Pinang.
3. Bekam Kulim.







BEKAM PENYAKIT KARDIOVASKULAR

Last Updated : 03.12.2018

Penyakit Kardiovaskular (Cardiovascular Disease - CVD) adalah penyakit yang berkaitan dengan masalah :
(i) jantung, dan 
(ii) saluran-2 darah.

Istilah 'Penyakit Jantung' selalu berkait dengan 'Penyakit Kardiovaskular'.

Penyakit Kardiovaskular merujuk kepada keadaan dimana saluran darah yang menjadi sempit atau tersekat (blocked) akibat pembentukan plak yang boleh mengundang penyakit serangan jantung, sakit dada (angina) atau stroke.

Penyakit Jantung pula merujuk kepada masalah kesihatan otot-2 jantung, injap, dan kadar denyutan.

1. JANTUNG

Jantung adalah umpama sebuah pam, yang terletak agak sebelah kiri pada bahagian dada manusia.  Saiz jantung manusia hanyalah sebesar penumbuk tetapi ia adalah otot yang paling kuat dalam tubuh.
Dengan setiap denyutan jantung, jantung mengepam darah ke seluruh tubuh.



2. FAKTOR PENYEBAB PENYAKIT KARDIOVASKULAR

Menurur perubatan moden, faktor penyebab penyakit kardiovaskular masih tidak jelas. Tetapi faktor-2 yang lain (risk factors)  adalah seperti :

A.  Tekanan Darah Tinggi
B.  Merokok
C.  Kolesterol Tinggi
D.  Kencing Manis
E.  Tidak Aktif/Tidak Beriadah
F.   Berat Berlebihan.
G.  Sejarah Keluarga (family history)
H.  Tabiat Pemakanan Yang Buruk.


Faktor yang lain yang melemahkan sistem kardiovaskular:
- Keradangan.
- Pengambilan dadah terlarang.
- Pengambilan alkohol.
- Toxins.

Atherosclerosis adalah sebab yang paling umum penyebab penyakit kardiovaskular.




Bagi anda yang ingin mendapatkan rawatan bekam atau maklumat lanjut, anda boleh Whatsapp/Call/SMS ke :
017 - 4256 121 (Ustaz Abdul Mannan)
Atau klik link WhatsApp di bawah ini.

LOKASI :
Bekam Bukit Mertajam (Hijamah)
TBP 3290, Machang Bubok, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
(Bersebelahan dengan Masjid Machang Bubok)


Semoga Bermanfaat

Google Search :
1. Bekam Bukit Mertajam.
2. Bekam Pulau Pinang.
3. Bekam Kulim.



BEKAM KOLESTEROL TINGGI

LAST UPDATE : 24.04.2021

BEKAM BUKIT MERTAJAM
Kenapa orang takut dengan kolesterol tinggi?
Sebabnya adalah kerana kolesterol tinggi dalam darah boleh memberi sumbatan (blockage) kepada mana-mana saluran darah yang ada dalam tubuh. 
Jika satu, dua atau pun tiga saluran darah di tangan atau kaki tersumbat, masalah yang biasa terjadi adalah seperti kesukaran bergerak, kejang otot (muscle cramp), sakit otot, kebas dan otot kaku. 
Tetapi jika satu sahaja saluran darah di otak tersumbat, maka terjadilah penyakit stroke. Begitu juga jika satu sahaja saluran di jantung tersumbat, maka terjadilah serangan jantung.


Lima golongan yang mesti menurunkan tahap kolesterol dengan serendah-rendahnya (terutamanya kolesterol LDL) :
1. Mereka yang pernah terkena stroke mahu pun mini-stroke (stroke ringan).
2. Mereka yang pernah terkena serangan jantung.
3. Pengidap diabetes.
4. Orang bertekanan darah tinggi.
5. Orang yang ada faktor keturunan sakit jantung dan stroke.


Apakah itu kolesterol ?
Kolesterol adalah zat lilin yang terhasil dari 2 sumber utama iaitu:
1. Hati yang menghasilkan kolesterol yang diperlukan tubuh, kemudian melepaskannya ke dalam aliran darah. 
2. Makanan yang kaya dengan kolesterol, yang dimakan setiap hari. Hati akan menghasilkan lebih banyak kolesterol apabila anda makan makanan yang banyak mengandungi lemak-tepu dan lemak-trans.
Terlalu banyak kolesterol dalam aliran darah dapat mengakibatkan pembentukan plak, yang dapat menganggu perjalanan darah anda. Jika penyumbatan aliran darah terjadi pada aliran darah menuju otak, maka hal ini dapat menyebabkan stroke. Jika penyumbatan aliran darah terjadi di jantung, maka dapat menyebabkan serangan jantung.


Terdapat dua jenis kolesterol dalam tubuh kita, iaitu kolesterol baik (HDL) dan kolesterol jahat (LDL).

Makanan seperti daging, ayam dan produk susu penuh-lemak mengandungi kolesterol yang tinggi. Selain itu, makanan yang kaya dengan lemak-tepu (saturated fat) dan lemak-trans (trans fat) menyebabkan hati menghasilkan lebihan kolesterol. 

Kolesterol yang tinggi menyebabkan pembentukan plak (plaque builds up) atau pembentukan endapan lemak (a build-up of fatty depositspada saluran darah, yang menambahkan risiko pembentukan darah beku. 
Pembentukan plak ini disebut sebagai atherosclerosis, yang menjadi faktor penyebab penyakit jantung.

Pembentukan plak akan menyempitkan saluran darah yang mengakibatkan :
i.   Jantung terpaksa bekerja lebih keras untuk mengepam darah ke seluruh tubuh. Akibatnya tekanan darah meningkat naik.
ii.  Menghadkan atau menganggu perjalanan darah.
iii. Mengeraskan saluran darah yang sepatutnya fleksibel. Saluran darah yang keras tidak dapat mengembang dengan baik apabila darah yang lebih banyak hendak bergerak dalam saluran darah tersebut.


Bagi anda yang ingin mendapatkan rawatan bekam atau maklumat lanjut, anda boleh Whatsapp/Call/SMS ke :

017 - 4256 121 (Ustaz Mannan)
Atau klik link WhatsApp di bawah ini.

LOKASI :
Bekam Bukit Mertajam (Hijamah)
TBP 3290, Machang Bubok, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
(Bersebelahan dengan Masjid Machang Bubok)


Semoga Bermanfaat