Tuesday, 21 November 2017

BEKAM TEKANAN DARAH TINGGI

LAST UPDATED : 22.11.2018

RAWAT PENYAKIT DARAH TINGGI DENGAN BEKAM
Seseorang dikatakan mendapat penyakit Tekanan Darah Tinggi Tahap 1 (Hypertension Stage 1) jika bacaan tekanan darahnya bersamaan atau melebihi 140/90 mm Hg.
Tekanan Darah Tinggi adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan sistem kardiovaskular. Ia boleh mendatangkan risiko penyakit lain seperti serangan jantung, diabetes, stroke, dan sebagainya. 





Penyakit Tekanan Darah Tinggi biasanya dikaitkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam. Juga akibat tekanan melampau, merokok, berat badan yang berlebihan, tabiat pemakanan yang buruk, gangguan kebimbangan, gaya hidup yang tidak aktif, sejarah keluarga dan sebagainya.







HADIS MENGENAI TEKANAN DARAH TINGGI

Dalam sebuah hadis, dari Anas r.a., dia berkata, Rasulullah saw bersabda :


Jika terjadi panas memuncak, maka neutralkan dengan bekam sehingga tidak terjadi hipertensi (tekanan darah tinggi) pada salah seorang diantara kalian yang boleh membunuhnya (memudaratkan tubuh)”.

--- Diriwayatkan oleh Al-Hakim dalam Kitab Al-Mustadrak, dari Anas ra secara marfu’, beliau menyahihkannya yang diakui pula oleh Adz-Dzahabi (IV/212)  ---

TEKANAN DARAH TINGGI ADALAH PEMBUNUH SENYAP

Tekanan Darah Tinggi juga dikenali sebagai pembunuh senyap (silent killer). Ia disebut sebagai "pembunuh senyap" kerana Tekanan Darah Tinggi biasanya tidak memberi apa-2  tanda yang jelas yang menunjukkan 'something wrong' telah berlaku dalam tubuh, kecuali ianya sangat teruk.

Tekanan darah tinggi 'membesar' dengan secara amat perlahan sehinggalah terjadi tanda-2 yang besar seperti stroke dan masalah jantung.
Dan menurut perubatan moden, tekanan darah tinggi tidak boleh disembuhkan secara total, HANYA boleh dikawal melalui perubahan gaya hidup yang lebih sihat, dan juga pengambilan ubatan yang berterusan.

Majoriti orang yang bertekanan darah tinggi tidak mengetahui bahawa mereka telah pun mempunyai tekanan darah yg tinggi. Salah satu aspek yang merbahaya tentang penyakit darah tinggi adalah majoriti orang tidak tahu bahawa mereka mempunyai tekanan darah tinggi. Mengikut fakta, hampir 1 daripada 3 orang yang mempunyai tekanan darah tinggi tidak mengetahui bahawa mereka mendapat penyakit darah tinggi. Jika kita selalu membuat  pemeriksaan tekanan darah, maka kita boleh mengetahui keadaan sebenar tekanan darah. Ini sangatlah penting, lebih-2 lagi jika kita mempunyai sejarah kekeluargaan yang pernah mengidap penyakit tekanan darah tinggi. 


Bagi anda yang ingin mendapatkan rawatan bekam atau maklumat lanjut, anda boleh Whatsapp/Call/SMS ke :

017 - 4256 121  (Ustaz Abd. Mannan)

Atau klik link WhatsApp di bawah ini.

LOKASI :
Bekam Bukit Mertajam (Hijamah)
TBP 3290, Machang Bubok, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
LANDMARK : Bersebelahan dengan Masjid Machang Bubok.

1️⃣️️  GOOGLE MAPS :

2️⃣  WAZE :






No comments:

Post a Comment