Wednesday, 22 November 2017

BEKAM DARAH KOTOR

Last Updated : 01.10.2019

Jika kita bertanya kepada seorang doktor perubatan moden tentang makna ‘darah kotor’, bagi mereka tiada istilah darah kotor atau darah bersih. Semua darah adalah bersih. Biasanya doktor tersebut akan menjawab samada :
- Perjalanan darah yang tidak lancar (tersumbat), atau 
- Pembentukan plak (plaque build-up) dalam saluran darah, atau 
- Pembentukan endapan lemak (a build-up of fatty depositsdalam saluran darah, atau
- Plak kolesterol (cholesterol plaques), atau 
- LDL (low-density lipoprotein) yang tinggi, atau 
- Kadar kolesterol yang tinggi, atau 
- Darah pekat (thick blood) dan seumpamanya.





Darah kotor ialah darah yang sudah mati dan tidak dapat berfungsi secara normal. Ia berwarna pekat merah kehitaman, berbau lebih hanyir dan berlendir, dan ia adalah toksin yang memberi mudarat kepada tubuh. 
Darah kotor bergerak lebih perlahan daripada darah yang sihat dan ia menganggu sistem peredaran darah secara keseluruhannya. 

Apabila kolesterol melekat pada saluran darah, maka ia dipanggil plak atau endapan lemak. Lama kelamaan, plak-2 ini akan menyempitkan saluran darah, membuatkan saluran darah semakin tidak fleksibel, iaitu saluran-2 darah menjadi keras. Plak-2 ini  bersifat melekat, melekit, berminyak, kental, dan ia terbentuk daripada unsur lemak, kolesterol, kalsium dan bahan-2 lain. Bahan asas pembentukan plak adalah LDL. 

Darah kotor adalah plak-2 yang terkumpul di dinding-2 saluran darah. Darah kotor menyebabkan penghantaran oksigen, nutrients ke sel-2 tubuh menjadi tidak optimum. Peredaran darah menjadi tidak efisein, dimana sel-2 tubuh tidak mendapat bekalan nutrients yang optimum.






Peredaran darah yang tidak lancar akan menyebabkan:
- Badan rasa tidak fit.
- Selalu sakit belakang (back pain).
- Sakit kepala yang berpanjangan.
- Tekanan darah menjadi tinggi.
- Jantung terpaksa bekerja lebih keras untuk mengepam darah ke seluruh badan.
- Sistem saraf kurang efisien.
- Dan sebagainya.







Darah kotor yang banyak dalam tubuh boleh mendatangkan penyakit-2 kronik seperti tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes, stroke dan masalah jantung. Kaedah paling terbaik untuk mengeluarkan darah kotor adalah melalui bekam. 
Bagi yang pernah berbekam, badan akan terasa ringan dan lega dengan serta-merta terutamanya pada area yang sakit. Ini adalah kerana sumbatan-2 dalam pembuluh darah telah dikeluarkan dan perjalanan darah sudah kembali normal. Sel-2 tubuh kembali segar dengan aliran darah yang lebih lancar.



Bagi anda yang ingin mendapatkan rawatan bekam atau maklumat lanjut, anda boleh Whatsapp/Call/SMS ke :

017 - 4256 121 (Ustaz Abd. Mannan)

Atau klik link WhatsApp di bawah ini.

https://wa.me/60174256121



LOKASI :
Bekam Bukit Mertajam (Hijamah)
TBP 3290, Machang Bubok, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
(Bersebelahan dengan Masjid Machang Bubok)

GOOGLE MAPS :
https://goo.gl/maps/o1zEuwomGYA2

Masa Rawatan : 10 pagi - 10 malam








Tuesday, 21 November 2017

BEKAM TEKANAN DARAH TINGGI

LAST UPDATED : 22.11.2018

RAWAT PENYAKIT DARAH TINGGI DENGAN BEKAM
Seseorang dikatakan mendapat penyakit Tekanan Darah Tinggi Tahap 1 (Hypertension Stage 1) jika bacaan tekanan darahnya bersamaan atau melebihi 140/90 mm Hg.
Tekanan Darah Tinggi adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan sistem kardiovaskular. Ia boleh mendatangkan risiko penyakit lain seperti serangan jantung, diabetes, stroke, dan sebagainya. 





Penyakit Tekanan Darah Tinggi biasanya dikaitkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam. Juga akibat tekanan melampau, merokok, berat badan yang berlebihan, tabiat pemakanan yang buruk, gangguan kebimbangan, gaya hidup yang tidak aktif, sejarah keluarga dan sebagainya.







HADIS MENGENAI TEKANAN DARAH TINGGI

Dalam sebuah hadis, dari Anas r.a., dia berkata, Rasulullah saw bersabda :


Jika terjadi panas memuncak, maka neutralkan dengan bekam sehingga tidak terjadi hipertensi (tekanan darah tinggi) pada salah seorang diantara kalian yang boleh membunuhnya (memudaratkan tubuh)”.

--- Diriwayatkan oleh Al-Hakim dalam Kitab Al-Mustadrak, dari Anas ra secara marfu’, beliau menyahihkannya yang diakui pula oleh Adz-Dzahabi (IV/212)  ---

TEKANAN DARAH TINGGI ADALAH PEMBUNUH SENYAP

Tekanan Darah Tinggi juga dikenali sebagai pembunuh senyap (silent killer). Ia disebut sebagai "pembunuh senyap" kerana Tekanan Darah Tinggi biasanya tidak memberi apa-2  tanda yang jelas yang menunjukkan 'something wrong' telah berlaku dalam tubuh, kecuali ianya sangat teruk.

Tekanan darah tinggi 'membesar' dengan secara amat perlahan sehinggalah terjadi tanda-2 yang besar seperti stroke dan masalah jantung.
Dan menurut perubatan moden, tekanan darah tinggi tidak boleh disembuhkan secara total, HANYA boleh dikawal melalui perubahan gaya hidup yang lebih sihat, dan juga pengambilan ubatan yang berterusan.

Majoriti orang yang bertekanan darah tinggi tidak mengetahui bahawa mereka telah pun mempunyai tekanan darah yg tinggi. Salah satu aspek yang merbahaya tentang penyakit darah tinggi adalah majoriti orang tidak tahu bahawa mereka mempunyai tekanan darah tinggi. Mengikut fakta, hampir 1 daripada 3 orang yang mempunyai tekanan darah tinggi tidak mengetahui bahawa mereka mendapat penyakit darah tinggi. Jika kita selalu membuat  pemeriksaan tekanan darah, maka kita boleh mengetahui keadaan sebenar tekanan darah. Ini sangatlah penting, lebih-2 lagi jika kita mempunyai sejarah kekeluargaan yang pernah mengidap penyakit tekanan darah tinggi. 


Bagi anda yang ingin mendapatkan rawatan bekam atau maklumat lanjut, anda boleh Whatsapp/Call/SMS ke :

017 - 4256 121  (Ustaz Abd. Mannan)

Atau klik link WhatsApp di bawah ini.

LOKASI :
Bekam Bukit Mertajam (Hijamah)
TBP 3290, Machang Bubok, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
LANDMARK : Bersebelahan dengan Masjid Machang Bubok.

1️⃣️️  GOOGLE MAPS :

2️⃣  WAZE :